Tuesday 20 December 2011

happy birthday... AMRY

Gitulah citernya... terpaksa sambut birthday anak aku yang bongsu Amri terawal sikit. Sepatutnya 22/12 baru Amri genap setahun. Kami jiran tetangga terpaksa mengawalkannya pada 17/12... Masing-masing sibuk, jadi pilihlah tarikh tu. Sambut sekali dengan birthday anak jiran sebelah rumah Kak Ina, Abang Muaz hari jadi yang ke-12... Tak adelah majlis besar-besaran cuma buat BBQ kecil-kecilan kat rumah jiran Kak Yam. Jemputlah kengkawan rapat Muaz dan Amri... Walaupun sambutan kecil-kecilan tapi meriah, tu yang seronok tu...

OK... BIRTHDAY BOY DAH READY NAK GI BBQ!


ACARA PANGGANG-MEMANGGANG SEDANG BERLANGSUNG....


SORANG LAGI BIRTDAY BOY, ABANG MUAZ SEDANG HIDUPKAN API LILIN.

DUA ORANG BIRTHDAY BOY, MUAZ DAN AMRI... EPY BRTHDAY!


ESOKNYA HERO-HERO DUK TERBUNGKANG KAT RUMAH... MANA TAKNYE? SI AYAH LEPAS BBQ SEMPAT LAGI PEGI MENGETEH, PUKUL 2PAGI BARU BALIK RASENYE....


ESOKNYA SEHARIAN LAH SI AYAHNYA MELAYAN KARENAH ALL HERO


PETANG TU PLAN NAK GI MAKAN PIZZA SARPINO'S KAT RAUB.... NAMPAKLAH PULAK BUTIK NI, DIA PUNYA MOTO HIDUP BIAR CANTIK... AIK! ALA-ALA PINKCHERRY AJE BUNYINYER...!


CANTIK JUGAK DEKO TINGKAT ATAS KAT PIZZA SARPINO NIH...


MENTANG-MENTANG KEK DIA SAMPAI DULU... TAK PANDANG KIRI-KANAN, PELAWA PUN TIDAK....


INILAH PIZZANYER, DAH TINGGAL SEPARUH... OKLAH JUGAK RASENYER, TAKLAH MUAK SANGAT.


OKLAH....PIZZA PUN DAH LICIN, KAMI BALIK DULU YER...!

Monday 12 December 2011

cuti-cuti di rumah...


Musim cuti sekolah kalau dah tak ke mana... duk lah diam-diam kat rumah. Musim hujan pulak tu... Tapi best jugak... padat jugak aktiviti seharian di rumah! Hish.. rumahku syurgaku lah katakan.... Mai tengok tentatif program 1 hari 1 rumah nih.. he,he,...

Aktviviti pertama selepas urusan dalam rumah selesai... mandikan arnab... Sejuknya, mandi musim2 hujan ni. Bulu pun lambat sikit nak kering kalau tak guna pengering rambut!

Menjenguk dusun dalam pasu. Pokok ajaib aku dah berbuah... Apa khasiat buah dan adun ajaib ni? Lain kali aku cite ok...

Ni pulak taman herba dalam pasu aku. Pegaga....!

Tengahari ni aku gantung periuk dan kuali sebab tak payah masak. Kawan merangkap jiran belakang rumah aku jemput makan tengahari sempena birthday anaknya Dhiya... Tengoklah tu, berperang dengan maknya nak tiup lilin nan sebatang.

Pas majlis birthday tu, cadangnya nak kasi mesin rambut Amri! Ahah.... Ketawa ye Amri... Jap lagi nak botaklah kepala tu.

Wah, happy nampak Amri... Tunggu, jap... aje lagi.... Tengah duk tunggu giliran nak potong rambut ni...

Hah,.... Perang sudah bermula! Siap tanggal baju nak potong rambut punya pasal... Tup,tup, dapat mesin kiri kanan aje.... Dia punya mengamuk, sampai hilang suara....

Gaya rambut selepas trim bahagian tepi... sama macam rambut sebelum aje....

Sebab tengahari dah gantung kuali, malam pun makan kat luar aje lah...... Sekali-sekala... Tak pun, berkala-kala...

Monday 5 December 2011

Adam khatan... Selamat sudah...

Alhamdulillah..... Anak aku yang sulung Adam dah selamat berkhatan. Dua hari lepas birthday dia terus aje berkhatan. Cuti panjang hujung tahun begini memang ramai ibu bapa yang mengambil peluang nak khatankan anak masing-masing. Sebenarnya tak rancang pun nak khatankan Adam, tapi dia dapat tahu dua orang kawan baiknya di sekolah dah khatan terus beria-ia dia pun nak khatan.... Sementara Adam tengah duk semangat dan tengah berani baik turutkan saja. Sampai masanya... jeng,jeng... MA Hospital datang kat rumah nak khatankan Adam, kalau tak silap dalam pukul 5.00 petang. Adam dah ready dengan kain pelikatnya, aku pulak cepat-cepat naik bilik atas, ayahnya saja yang temankan Adam. Aku sebenarnya tak ada keberanian nak menghadapi peristiwa ni... Tak lama lepas tu aku dengar Adam menangis tapi nasib baik dia kuat semangat, aku dengar abis semua surah yang dihafalnya dibaca kuat-kuat....! Aku kat atas dah tak senang duduk macam ayam berak kapur dah... Tapi, alhamdulillah semuanya dah selamat. Lega... sorang hero aku dah lepas. Tinggal lagi 2 hero yang aku akan hadapi masa akan datang. Sebenarnya selain melaksanakan syariat agama, berkhatan ni banyak kelebihannya dari segi kesihatan. Teringat aku masa aku kerja dengan syarikat swasta dulu, bos aku yang berbangsa cina telah mengkhatankan dua orang anak lelakinya. Katanya berkhatan ni baik untuk kesihatan. Sekarang ni pun ramai bangsa lain turut melakukan amalan berkhatan ni....

Yes!   Adam sudah berjaya!

Dua orang penglipur lara Adam... Angah dan kawannya Ikhwan.