Sunday, 29 January 2012

bertahun naga di Cameron, mencari dunia yang hilang di Tambun

Cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina tak kemana-mana pun pada awalnya. Duk rumah pun sunyi sepi... maklumlah ramai yang ambil kesempatan balik kampung, bercuti dan macam-macam lagi lah halnya. Mulanya nak ajak mak dengan abah pegi Cameron Highland ikut jalan baru Koyan, Raub tapi mak tak nak lah pulak. Dekat ikut jalan ni, dalam satu setengah jam aje dah sampai. On the way pegi, suami cuba-cubalah call Tiara Beach Resort sebab ada promotion untuk penginapan dengan pakej masuk taman tema airnya. Banyak kali call tapi tak ada orang angkat. Dah penuh orang booking kot! Ingatkan masa balik nanti ikut Tapah bolehlah singgah... Jadi, kami ambik keputusan balik ikut Tapah jugak, kalau rasa nak tido cari ajelah motel murah-murah... He,he,.. Alah, sekadar untuk melelapkan mata barang sekejap.

Sampai aje Cameron boleh tahan jugak ramai orangnya, cutilah katakan... Singgahlah melawat ladang teh jap. Anak-anak cukup teruja sebab kali pertama datang. Apa lagi... bergambar sakanlah kitaorang nih. Anak-anak baru tahu cuaca kat sini sejuk rupanya. Kitaorang sampai pun dah petang, pusing punya pusing rupa-rupanya ada pasar malamlah pulak. Perut pulak dah berkeroncong, apa lagi... singgah lagi... beli makanan alas perut sebelum meneruskan perjalanan.

Sampai bandar Ipoh dah malam. Pemandangan waktu malam dengan sinaran lampu berwarna-warni memang cantik. Adam dengan Arif nampak pulak pintu gerbang The Lost World of Tambun yang tersergam itu, meronta-ronta ajak mandi. Terpaksalah cari tempat tido dulu. Esok baru boleh mandi. Hotel The Lost World dah penuh. Memang aku berharap ia dah penuh pun sebab aku rasa harganya mahal. Cari punya cari dapatlah kat Hotel Tambun Inn. Hotel yang ala-ala motel.... padanlah dengan harganya. Waktu malam pemandangan di luar hotel memanglah cantik,.... pagi esok tengok kat luar macam rumah kedai pulak. Takpelah, yang penting kitaorang dah tido dengan selamatnya kat sana. He,he...

Inilah antara candid sebagai kenangan untuk simpanan dalam blog aku...

Saujana mata memandang...


Ready to explore...

Tada....

Oh... Inilah daun teh segar...!

Ini tuan punya ladang teh ape?....

Aik! Sama tinggi dengan pokok teh aje...

Cak!

Alamak! Dah sesatlah pulak.
Senyumlah Amri...!

Senyum... Kita kat ladang teh ni...!

Syoknya berdukung.

Ishh... Degil Arif nih!

Berlatarbelakang ladang teh.

Di LOST WORLD OF TAMBUN... Sape dulu masuk kolam? Arif ke kura-kura tu?

Peace...

Menantikan tempayan tumpah!

Step by step sebelum Amri masuk kolam.

Penatlah... Boleh landing kejap tak wahai si kura-kura...

Akhirnya Amri pun mandi sakan.

Berteduh bawah cendawan jap!


Times up for Amri.

Boringlah pulak.

Rehat bawah pokok kelapa.

Salah satu kolam yang ada...

Nasib baik ada pelampung.

Naik pelampung besar.

Dah siap.... Nak gi salin baju plak.

Bergambar dengan kucing besar ni jap sebelum balik.

Kelaparan, makan jajan jap.

Ini Angah, Angah aje boleh minum!




Jangan kacau! Nak baring jap.

Apasal Amri ni?

Inilah gayanye bila pelampung naik darat.

Beraksi dengan pelampung!

Meraung lagi.... Takut betul Angah ni..

Peace....!

Bye...!

Thursday, 19 January 2012

Perang Rita Rudani

Hish.... Bergolak lagi rumahtangga pelakon jelita Rita Rudani. Sebenarnya dah bosan dengar perihal rumahtangga si Rita kita ni... tapi macam kesianlah pulak dah... Mana tidak? Anak-anak masih kecil, kalau boleh janganlah sampai bercerai-berai. Rasa geram juga dengan si suaminya yang ala-ala hensem tu, anak dah dua takkanlah tak dapat baca lagi hati budi isteri..( opps! macam aku pulak yang lebih kenal hati budi isterinya).. Bawaklah berbincang dapatkan penjelasan dari isteri dulu sebelum angkut beg lari dari rumah. Macam terbaliklah pulak! Selalu dengar pompuan yang kuar rumah jumpa peguam tuntut itu ini....Kuar rumah dengan pertolongan orang yang terang-terangan suatu masa dulu pernah 'berperang' dengan Rita. Manalah orang tu tak sakit hati. Yang makhluk 2 orang tu pulak, tak payahlah nak campur urusan rumah tangga diaorang. Awak kalau ikhlas nak rumah tangga diaorang tu bahagia takkan sampai berperang dalam laman twitter.. Bak kata orang diam itu lebih baik dari berkata-kata! Hah, sekarang dah terbuka pekung di dada masing-masing, kan malu sendiri. Tak taulah saya kalau orang yang dah famous amous ni dah tak ada perasaan langsung kalau kisah lampau mereka menjadi bahan jajaan.

Harapan aku buat Aidil si suami cubalah bertindak secara dewasa, dengarlah dari kedua-dua belah pihak. Zakuan dan Raudah pulak lebih baik jaga rumahtangga sendiri, esok lusa kita tak tau lagi nasib kita macam mana! Buat Rita pulak, kenalah muhasabah diri kadangkala ada kata-kata, tulisan atau perbuatan kita yang tanpa disedari membuat orang sekeliling sakit hati... Yang penting, pesanan untuk semua, berkatalah kamu perkara yang benar dan baik sahaja......!

Monday, 16 January 2012

sabar je lah... kak OGY!

Wah... mesti ramai yang kata aku ni peminat fanatik Ogy Ahmad Daud. Saje sesekali nak buat entri dunia hiburan tanahair kita nih... Bukan apa, hujung minggu lalu kepoh pasal Kak Ogy tak layak jadi mentor bagi rancangan Mentor musim baru nanti. Bukak aje akhbar hari Ahad ada lagi citer pasal Kak Ogy. Alkononnya sebab Kak Ogy ni bukannya berjaya sangat sebagai penyanyi. Tak kesahlah dik non oi... Apasal time Erra Fazira jadi mentor dulu tak pulak yang protes. Sebab Kak Erra kite tu tengah glamor dan cantik ker? Aku rase Erra Fazira tu pun bukannya berjaya sangat sebagai penyayi pun, tapi dia berjaya jugak mengangkat protegenya jadi juara! Kadang-kadang semua ni pun bergantung pada nasib. Kalau dah dapat protege yang suaranya power mower dah satu bonus! Tinggal lagi nak touch up mana yang kurang. Cuba bayangkan kalau rancangan Mentor ni wujud masa zaman kegemilangan Kak Ogy dulu, mesti ramai yang tak protes...  Tak payahlah nak sakitkan kepala otak memikirkan Kak Ogy ni layak ker tak jadi mentor, TV3 bukannya layan pun korang punya ketidakpuasan hati tu. Rasanye TV3 lebih arif dalam hal ni... Kak Ogy pun memang bijak menilai kebolehan dan bakat seseorang, sebab itulah orang jemput dia jadi juri dalam banyak rancangan. Bak kata Kak Ogy kita... BIAR KERJA SAYA YANG BERKATA-KATA! Good luck....

cuti-cuti time sekolah..

Mengaji time...
Ewah, ewah,.. temanya anak-anak aku Adam dan Angah demam, jadi cutilah dari bersekolah. Dah 2 hari dah... Hari tu aku antar jugak gi sekolah sebab selsema sikit aje, tup, tup, cikgunya call suruh bawak balik sebab demam.. Sekarang ni duk kat umah neneknya sebab kebetulan pulak pak sedaranya balik cuti jadi angkutlah sekali bebudak ni.. Sukalah diaorang... Apa tidaknya, boleh main game, pas tu ngaji pun cutilah sekali... takpe, dah sihat nanti cover balik ngaji ye, kasi double dia punya time ngaji... he,he...

Monday, 9 January 2012

vitamin c jadi racun... awas!

Baca tajuk kat atas mesti tertanya-tanya ngapa yer?... Dah lama aku terbaca artikel di dalam akbar Perdana tapi baru sekarang ni berpeluang nak menulis. Alkisahnya bermula apabila seorang wanita yang sedang makan malam bersama keluarganya tetiba jatuh dengan mata, telinga, hidung dan mulutnya keluar darah. Wanita itu dibawa ke hospital tapi mati juga akhirnya. Setelah dijalankan pemeriksaan didapati bahawa wanita itu mati kerana keracunan makanan.

akan tetapi pihak keluarga tidak puas hati dengan laporan tersebut dengan alasan ahli keluarga lain yang makan makanan yang sama tidak pula keracunan makanan. Lalu polis mengambil tanggungjawab menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan kepakaran seorang pakar perubatan di sebuah sekolah perubatan yang terkenal untuk menganalisis kes tersebut.

Profesor tersebut mengambil pelbagai sampel ketika bedah siasat dan dalam masa kurang dari satu jam persoalan kepada kes tersebut dapat dijawab! Rupa-rupanya kematian itu disebabkan kelalaian dan kejahilan dalam pengambilan suplimen dan makanan.

Pengambilan Vitamin C memang banyak kebaikannya... tetapi tidak boleh dimakan dengan makanan laut yang mempunyai kulit yang lembut seperti udang dan ketam. Pada malam tersebut, wanita tersebut memang mengambil Vitamin C setiap hari dan pada hari itu dia juga telah makan udang bersama kulitnya sekali. Menurut kajian, makanan laut yang mempunyai kulit lembut seperti udang dan ketam itu mempunyai kandungan pottasium arsenic compound. Ia boleh menyebabkan tindak balas kimia dan dengan cepat akan bertukar menjadi racun yang boleh membunuh! Racun tersebut boleh melumpuhkan perjalanan darah dan sebab itulah darah keluar dari hidung, mulut, mata dan telinga si mati tadi....

Patutlah ada juga petua-petua orang tua dulu yang melarang kita makan sewenang-wenangnya sesetengah makanan. Contohnya, tak boleh makan madu dengan buah tembikai, manggis tak boleh makan dengan ciku, kalau makan ubat jangan makan durian,..... dan bayak lagi rasanye... tapi aku tak ingat....

Sunday, 8 January 2012

salam tahun baru... 2012

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua.... Almaklumlah..., dah lama blog aku sepi tanpa entri baru. Masa cuti panjang, sibuk menguruskan anak2, pagi2 celik mata aje dah berpinar pikir nak masak ape. Kalau waktu sekolah, tapau ajelah jawabnye! Dah mula tahun baru, cuti pun dah tamat, sibuk pulak menguruskan persekolahan anak2 dan persekolahan sendiri... Tahun ni Adam dah Darjah 2, Arif pulak dah mula masuk pra-sekolah... Harapan aku pastilah seperti ibu bapa yang lain jugak, agar anak aku dapat menempuh alam persekolahan tahun ini dengan jayanya... paling tidak pun sekurang-kurangnya ada peningkatan dari tahun yang lepas2...