Thursday, 20 October 2011

berita sedih...

Hari ini bermula dengan 2 berita sedih bagi aku dan warga kerja di sini. Selesai saja bacaan doa awal pagi kami di khabarkan dengan berita kematian salah ibu salah seorang dari guru di sini. Al-Fatihah disedekahkan kepada arwah.. Tidak sampai sejam selepas itu kami dikejutkan pula dengan berita kematian salah seorang pakcik tukang kebun di sini... Terus meninggal setelah tiba-tiba rebah ketika sedang merumput di tepi padang.... Al-Fatihah untuk arwah pakcik.. Semoga rohnya tenang di sana. Amin... Semua ini adalah satu peringatan agar kita sentiasa bermuhasabah terhadap diri sendiri. Cukupkah amalan kita di dunia ini? Bila tiba saat dan waktunya, tak kira di mana... ia tetap akan berlaku jua...

Hari ini juga aku terbaca satu tulisan dari seorang sahaba t blogger yang menulis tentang kawannya bernama NORMA beserta dengan gambarnya sekali yang sedang bertarung dengan penyakit barah otak tahap 4. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepadanya untuk mengharungi dugaan ini. NORMA yang dulunya sihat kini terlantar hanya memandang sayu anak sulungnya RAFIQ yang baru berumur beberapa bulan itu, yang sepatutnya ditimang dan dimanja olehnya yang baru bergelar ibu. Suaminya juga amat tabah menjaga isteri kesayangannya itu. Semoga dia terus tabah...


Kita yang sihat ini bersyukurlah dengan anugerah kekuatan dan kesihatan yang dikurniakan. Hargailah kesiahatan kita dengan sentiasa bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Esok lusa kita tidak tahu lagi kesudahannya... Allah saja Maha Mengetahui setiap kejadian...

2 comments:

  1. takziah utk saudara2 di sana.

    ReplyDelete
  2. Welcome entry khas buat Eja

    http://amimarzsays.blogspot.com/2011/10/welcome-pink-cherry.html

    ReplyDelete