Tuesday, 18 October 2011

AKU PENGUTIP TIN - PART 1




Bebaru ni aku balik rumah mak aku yang tak jauh mana pun dari rumah aku. Aku ternampak dua bakul besar berisi tin terpakai yang dikumpul mak. Satu bakul penuh dengan segala macam tin terutamanya tin minuman dan tin susu. Satu lagi penuh dengan tin penymembur nyamuk RIDSECT, almaklumlah kalau duduk di kampung banyaklah berperang dengan nyamuklah... seranggalah... dan mcm2 lagi. Tp mak aku ni byk guna RIDSECT utk sembur semut yang kalau tumpah air masak sekali pun semut ni masih nak menghurung! Agaknya semut2 tu dahaga sgt sampai air tawar pun jadik... Tp aku tertanya-tanya jugak kalu tin RIDSECT tu boleh jual ker? Apa2 ajelah... tp yg sebenarnya bukan itu point aku. Sebabnya bila tengok tin2 tu aku teringat satu cerita lebih kurang KISAH BENAR jugaklah... Cerita ni dikarang dalam satu blog milik seseorang, dan aku dah pun mintak kebenarannya utk berkongsi cerita ini dgn anda semua. Baca baik2 ya....


Tetiba aku teringat kisah aku zaman remaja dan kanak2.. waktu cuti sekolah ni aku biasanya tak duduk rumah macam budak sekarang ni... kebiasaannya aku cari pendapatan sampingan, pergi kepasar cari kerja tolong2 kupas kulit bawang ke... hantar barang ke... sapu sampah ke... basuh pinggan di kedai makan ke... dan macam2 lagi lah. Tapi seronok sangat waktu tu, niat hati nak bantu mak carai duit sampingan..pukul 7pg sampai 7malam.. dah macam orang besor pergi keje. Sungguh terharu juga bila aku terima upah seharian RM7.00 dan aku kumpul selama cuti sekolah tu.. dan aku beri pada mak.. teringat kembali bila balik kerja tuuu letih.. sesangat! Maklumlah dah sehari suntuk buat kerja yang tak menentu, sehinggakan ada orang yang menegur aku ketika khusuk bekerja.." Isk2 keciknya budak ni.. kesiannya..." aku peduli apa orang nak kata, apa kukesah... niat aku cuma nak cari duit bagi menampung belanja sekolah. Waktu tu sebenarnya usia aku dalam lingkungan 12 tahun..

Bila usia ku meningkat ke tingkatan satu, aku masih berusaha mencari kerja2 yang sedemikian di pasar2 dan di kedai makan untuk membayar belanja sekolah aku...teringat lagi masih aku dalam tingkatan 3 kot masa tu cuti sekolah dan menunggu keputusan LCE (SRP) masa tu... malam kemerdekaan di dataran merdeka, aku pergi kesana untuk tengok bunga api dan konsert. Fuh! ramai manusia waktu tu... sehinggakan tamat pertunjukkan bunga api aku masih tak balik lagi dalam pukul 3 pagi, aku cari plastik sampah dan kutip tin minuman kosong untuk dijual, banyak lah juga tin minuman yang aku kutip sama paras ketinggian nya dengan aku kalau nak diikutkan...
Dari dataran merdeka aku pikul tin tu... sampai ker Chow Kit dimana waktu tu kalau naik bas mini tambang dia cuma 50sen jer... Tapi aku tengok bas mini penuh dan padat.. tak jadi aku naik. Aku naik bas Sri Jaya jer yang bernombor 255 tak silap aku. Ramai juga orang dalam bas tu yang memerhatikan aku dengan mengendong dua plastik sampah yang dipenuhi oleh tin aluminium kosong, dengan bunyi tin lagi... yang terlanggar orang dalam bas tu lagi.. Iskkkkk  kalau nak di fikirkan balik memang maluuuu, tapi waktu tu aku tak da persaan tu! Sehinggakan aku kena marah oleh konduktor bas tu, " Wei dik ko angkut apa ni? sesak ni?" , aku buat senyum jer la.. rasanya sepanjang malam dan siang tu aku teguk air kotak jer kot. Tak makan menda lain hanya beli karipap dan kuih dari perniaga malam di dataran merdeka.  Setiap kali bas berhenti untuk mengambil dan menurun kan penumpang pasti mereka akan menoleh kepada aku, mungkin hati kecil mereka berkata-kata sesuatu.. "Ahh biarkan la mereka tu hak diorang nak kata apa" . Bila tiba jer di perhentian bengkel MARA berhampiran tempat tinggal aku, aku turun la dengan menarik kendong tin tadi dan ramai la juga yang marah sebab mungkin kena badan mereka, maklum la sampah yang aku pungut tu kan? Aku ni buat tak tahu jer lah.. yang penting aku tiba dengan selamat. Mak aku paham akan perangai aku... yang penting tak susahkan orang lain cukup lah..

Perkara ni bukan berhenti disini sahaja, tapi setiap kali ada pertandingan Larian ke.. marathon ke... Jogathon ke...  yang mana dianjurkan oleh syarikat akhbar ke... pasti aku masuk.. sebab dapat baju.. Yang bestnya pukul 4 pagi aku dah gerak ke dataran merdeka.. di mana tempat permulaan larian yang biasanya berakhir di Padang Merbok Kuala Lumpur.. Biasanya lepas larian akan ada banyak tin minuman kosong yang orang akan buang, aku lah yang menghargai tin tersebut untuk mengutip dan dijadikan pendapatan sampingan... ketika tu aku masih teringat minuman tin kegemaran aku salah satunya iala Produk Sudi (Arwah Sudirman punya jenama) kalau masih ada yang ingat lah..


Sampai buka sekolah untuk ambik keputusan SRP pun aku masih bekerja di kedai makan di pasar keramat... masa tu, fuh ramai orang sebab cerita yang best di kedai makan ni ialah, diorang suka tonton wrestling (gusti) zaman Hulk Hogan,ultimate warrior dan sebagainya.. tu yang buat penuh kedai kopi dan kedai makan  tu..

Akhirnya bila result keluar dapatlah lulus.... dapatlah basikal racing yg aku idamkan hadiah dari bapak aku. Sebenarnya bukan ape... aku cuma takut kena tido kat kandang kambing jiran sebelah rumah kalu tak lulus. Fuh... Lega... Selamat....

No comments:

Post a Comment