Thursday 27 September 2012

kenangan hari malaysia di kuantan

Sekadar nak share gambar yang beberapa kerat ni time cuti hari Malaysia di Kuantan hari tu...

Tengah boring bilalah nak gi pantai nih...!

Angah dah merajuk ayah tak nak gi pantai lagi!

Adik ni duklah diam-diam nak candid gambar ni...

Berjalan atas permaidani hijau.

Ahah! Lembutnya permaidani ni....! He,he... aksi tersampuk atas padang!

Pas ni baru gi Teluk Cempedak.

Sedapnya sundae!

Ready nak redah pantai!

Hai... cantik tak tulisan Angah?

Gayat pertama kali jejak pasir di pantai.

Jom buat istana pasir...

Senyum sumbing!

Aksi makan aiskrim sebelum dirampas oleh monyet-monyet di situ.
Peace... dapat jugak gi pantai.

Nak wat apa ni?... Adik takut!

Camni... Nak takut aper... Duk tepi ajer!

Itulah saja... oklah untuk percutian budget selama sehari. Yang penting happy! Lain kami datang lagi Kuantan.... Bye!...

Wednesday 26 September 2012

dapur oh dapur!

Kalau dah namanya perempuan... rasanya rata-rata akan kata ruang dapur tu lah yang paling penting dalam sesebuah rumah. Mestilah ruang dapur tu nakkan yang terbaik sebab tempat tu lah yang akan di hadap sepanjang hari. Walaupun jarang-jarang memasak, dapur tu bagi aku adalah tempat yang paling aku titik beratkan. Kalau ruang dapur aku serabut, maka serabut jugaklah dalam kepala hotak aku ni. Ada orang boleh buat kerja di dapur dulu baru berkemas, tapi bagi diri aku sendiri... aku rimas kalau buat aktiviti memasak dalam keadaan dapur dan rumah yang masih belum berkemas. Tak tenang buat kerja...
Hari-hari duk berangan nak buat kabinet dapur yang lengkap dan selesa. Orang lain dah sibuk buat perancangan nak upgrade kabinet dapur masing-masing tapi aku masih lagi berkira-kira mengumpul duit nak buat kabinet dapur yang belum cukup-cukup lagi! Belum citer bab majalah Dapur yang dah bertimbun aku beli setiap bulan.... Hai, impian tinggal impian ajelah jawabnya.... Buat loan pun susah.... takpelah, lupakanlah dulu dapur impianku tu dulu. Harap-harap anak aku besar nanti kalau diaorang ada rezeki lebih, bolehlah hadiahkan kabinet dapur untuk aku.... itupun kalau diaorang ingat kat aku lah!...

Tuesday 25 September 2012

SURVIVOR KAH AKU?...

Macam pelik aje tajuk tu kan? Bukannya ape cuma nak menilai kekurangan diri yang dirasakan oleh sesetengah orang yang aku ni tak pernah ada kelebihan diri.... Iyalah, bila tengok keadaan kengkawan yang bergelar seorang ibu dan isteri, yang dah terbiasa menguruskan anak seorang diri tanpa kehadiran suami memang aku tabik dengan ketahanan mental dan fizikal mereka. Ada jugak kawan aku yang pernah menangis kerana terasa dah tak menang tangan menangani situasi yang melibatkan anak-anak, terutama bila bila anak sakit ker... iyalah dah sorang2, suami plak jauh... kalau anak masih lagi sorang boleh tahan, tapi kalau anak dah dua tiga orang camner tu? Mungkin jiwa seorang ibu akan boleh menghadapi apa saja yang berlaku, tapi kekadang ada faktor-faktor luaran lain seperti masalah kewangan dan impian yang tak kesampaian, mungkin akan mengganggu jiwa dan emosi serta mengundang sedikit sebanyak tekanan. Erm... apa pun, tak payahlah nak banding-membanding ni... buat penat aje. Yang penting, biarlah aku saja yang tahu bagaimana nak menghargai diri aku sendiri! Rasanye, semua orang pun tak suka bila diri dibanding-bandingkan dengan orang lain...

Tuesday 12 June 2012

hari ibu

Bulan lepas aku balik dari sekolah Adam berlari keluar dari rumah sambil menyerahkan satu sampul. Katanya hadiah Hari Ibu yang dibuatnya sendiri.... Terujalah jugak aku sebab anak buat khas untuk meraikan kita. Bila bukak punya bukak lah.... ini hadiahnya...! Balut punyalah banyak lapis.
Ini baru muka depan sampul hadiahnya...
Bukak sampul pertama jumpa yang ni...
Lapisan ketiga pulak. Slim tak aku dalam gambar ni... wakaka..
Lapisan keempat... Wow, makin berdebar nih!
Lastly, inilah hadiahnya...
Mula-mula tengok hadiah duit tu nak marah jugak, manalah si Adam ni dapat duit ni. Rupa-rupanya duit yang atoknya (ayah akulah tu..) kasi masa balik kampung hari tu. Tapi kan... ngapa kasi duit eh? Ke dia tahu aku mata duitan eh? He,he.... Tapi yang bestnya, lepas tu dia mintak balik yang sepuluh ringgit tu sebab nak masuk tabung! Apa-apa sajalah wahai anakku...

Wednesday 21 March 2012

si pusar dua ala-ala tweety...

Orang cakap kalau sesape yang rambutnya ada pusar dua, bela binatang ternakan mesti menjadi. Yang paling selalu dengar budak tu mesti degil dan nakal. Tak taulah betul ker tak... Baru-baru ni ada pulak fatwa aku dengar dia orang kata golongan ni besar nanti kawin dua. Boleh caya ker?....

Arif si pusar dua... degil tu betul tu kot! jgn kawin dua suda... 

Tengah-tengah ada jambul ala-ala tweety pulak tu...!

Sunday 18 March 2012

explorace hari sabtu...

Itulah temanya hari sabtu lepas... hajat nak pegi kenduri kawin seorang sahabat. Alkisahnya tak jadi sebab orang yang ditunggu tak kunjung tiba dan kalau tiba pun dah terlalu lewat! Si ayah mulalah ada agenda sendiri nak bawak anak2 merasa naik LRT, monorail dan yang seangkatan dengannya... Aku dengan adik yang ikut sekali terpaksalah mengikut rentak walaupun terpaksa explorace dengan berpakaian ala-ala orang nak gi kenduri... Mak ai... sakit tumit aku ni weh!

Saya pun nak ikut explorace! He.he..

Jom kita mula! Kat LRT Setiawangsa.. parking kete kat sana.
Sempat posing... otw gi KLCC.
Si budak ni bestlah... ada org tolakkan stroller dia!
Otw Bukit Bintang.
Adoi! Sakitnya kaki Adam, dah melecet hah!
Ada pulak majalah mana entah tengah shot gambar! Kat luar Pavilion.
Anak aku ala-ala terpegun tengok air pancut depan Pavilion nih.
Anak-anak dah buat muka seposen sbb kepenatan, terutama yang mencangkung tu.
Nasib baik bawak bekalan air.

Tengah steady tunggu LRT kat Sogo, nak balik semula kat Setiawangsa.
Itulah antara catatan explorace kami. Aku rasa dah 4 tahun aku naik LRT. Ala-ala jakun jugaklah mula-mula sebab dah pakai token. Dari Setiawangsa - LRT ke KLCC - jalan kaki gi Pavilion - jalan kaki gi Lot 10 - naik monorail gi Medan Tuanku - jalan kaki gi Sogo - naik LRT gi Masjid Jamek - naik LRT balik semula Setiawangsa. Tak delah explorace sangat, tapi sebab bawak sekali ahli rombongan tu yang penatnya. Dahagalah, laparlah, nak gi toilet lah... mcm2 lagilah karenah bebudak. Mak budak pulak pantang nampak tempat duduk mulalah nak rehat jap. Apa pun... bestlah jugak. Kalau dengan anak-anak semua pun best!

Monday 12 March 2012

3rd maternity and children expo... hajat x kesampaian

Ahad lepas last day 3rd Maternity & Children Expo, kat Mid Valley. Aku ngan suami anak2 sekali pegilah singgah jap on the way nak pegi rumah mentua. Hajat nak masuklah beberapa pertandingan. Langkah kirilah pulak.. sampai jam 11 pagi tu pendaftaran untuk masuk sume acara dah tutup, maklumlah last day dah. Ingatkan nak kasi anak aku yang setahun tu masuk pertandingan merangkak. Bukan apa, hadahnya best jugak! Stroller ada, baby carrier ada,.. dan macam2 lah hadiahnya. Pertandingan baby fotogenik pun dah tutup. Suami cakap tak payahlah, baby kita pun bukannya fotogenik sangat pun fotogedik ada lah... Alah... Bukannya apa, sekadar masuk nak dapat gambar free apa salahnya. Takpelah... kitaorang pun pergilah melawat booth yang banyak kat situ. Murah2 jugak offer barang2 kat situ.
Seronok tengok acara kanak-kanak merangkak nih!
Ini aje yang aku cekau untuk anak aku! Murah tu.... 18 hengget!

Aik?... Terus pakai?... He,he...

Ini untuk jiran aku yang baru selamat dapat baby girl...!

damailah engkau di sana... Adik Dirang

Kau pergi jua....
Terkejut sungguh dengan berita TV3 tadi tentang kematian adik Nurul Nadhirah Abdullah @ Dirang yang ditemui mati rentung dibakar! Al-Fatihah buat arwah..... Tak tau macam mana nak gambarkan rasa hati bila ada manusia yang lebih hina dari haiwan sanggup melakukan perbuatan terhina itu.


Penjenayah tu memang satu hal... Buat ibu bapa Dirang pula, pastinya tragedi ini membawa seribu satu penyesalan yang tak berkesudahan. Rata-rata ramai yang turut menyalahkan mereka yang membiarkan Dirang seorang diri tanpa pengawasan. Tapi, siapalah kita untuk menghakimi mereka. Biarlah ini menjadi satu pengajaran buat mereka. Perasaan mereka sebagai ibu dan bapa adik Dirang pastinya lebih parah lagi dengan pemergian anak mereka....
                
Now we share the same bright sun 

The same round moon 


Why don’t we share the same love 


Tell me why not 


Life is shorter than most have thought




Tuesday 28 February 2012

lampu DIY.. jimat!

Lampu kat dapur rumah aku dah lama terbakar... yang payahnya lampu tu sekali dengan kipas! Lastly, suami aku ubahsuai lampu tu dengan satu lampu yang ada lebih kat umah aku nih. Kalau tak.. kena cari kipas baru pulak, yang rosak hanya lampunya. Jadinya inilah hasilnya... jadi bahan ejekan adik-adik aku. Takpelah, janji dapat jimat kos upah electrician.... satu lampu upah pasang dah 60 ringgit tau!
Tada.... orait tak? Kipas dengan lampu cam ni kat rumah aku aje ada tau!

Ini bentuk asal lampu pada kipas tadi.

DIA menguji kita dalam pelbagai cara.....

Hati aku benar-benar tersentuh dengan dugaan yang menimpa salah seorang sahabatku ini... Betapa berat dugaan yang harus ditempuhnya. Anaknya yang berusia 15 tahun telah disahkan menghidap kanser kulit tahap empat. Begitulah adanya Yang Maha Kuasa menguji kita hamba-hambanya. Ada yang diuji dengan kesusahan dan ada juga yang diuji dengan kemewahan. Sejauh manakah kita redha dengan setiap ketentuannya. Tapi bagi aku yang dah bergelar seorang ibu, dugaan melalui anak-anak lah yang paling berat. Sedangkan badan anak panas sikit kita dah berkejar ke hospital, apatah lagi jika diserang penyakit yang sebegitu rupa. Diri sendiri tak dihiraukan lagi, yang penting anak.... Hanya doa yang mampu kami semua hulurkan, semoga Cikgu Azmi terus tabah dan kuat menghadapi ujian getir ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.... teruslah berdoa kerana Dia sentiasa mendengar. Percayalah kepada kebesarannya, sebagai ingatan dan renungan buat kita semua juga... sabarlah Cikgu dengan ujian ini....

Sunday 26 February 2012

sukan-sukan SEMENTA... Sang Singa Kenyang Yang Juara!

Sekali lagi entry aku kali ni pasal aktiviti di sekolah aku. Apa lagi? Tengok tajuk pun dah dapat agak kan? Tentulah temasya sukan yang baru berlangsung di sekolah pada 25/2/12 Sabtu lepas. Kalau korang semua dah boring... lantaklah... kalau berminat boleh teruskan melihat entry aku nih.

Temasya sukan kali ni meriah. Meriah dengan sorak dan macam2 gelagat sepanjang kejohanan, dari acara perbarisan, maskot rumah, hiasan rumah dan acara kejohanan. Tak lupa jugak dengan gimik perasmian, siap ada helikopter lagi.... helikopter kawalan jauh lah...! Cikgu-cikgi pun tak ketinggalan nak berentap dalam acara khas yang disediakan. Inilah masanya nak menunjuk kelebihan masing-masing dalam arena sukan gitu...

Peserta acara lontar peluru. Sedang bersiap sedia.

Training untuk lumba lari. Alin tu silap kategori tu... he,he..

Lontar.. jangan tak lontar...!

Cikgu Intan... orang kuat bahagian hiasan rumah kuning.

Hiasan rumah biru.

Rumah merah ala-ala dam!

Si singa maskot yang aku gelar singa kekenyangan.

Mikhail si blue hyppo.. Mana perut?
Antara mc pada hari kejadian!
Salah seorang mc kami yang tetap dan berpencen!

Cikgu2 ready nak lumba lari. Training sehari aje beb!

Gaya macho naib johan acara lontar peluru!

Ustad Azwan dijulang anak2 buah selepas diumum juara keseluruhan! Kelas Ustad!

Big boss siap kipas duit lagi time bagi hadiah wang tunai!
Duta rumah biru.

Duta rumah biru jugak nih...!
Pose sana sini lah kejenya... syok sendiri!
Posing lagi.. menang posing lah jawabnya!
Replika cek RM1000 untuk juara!
Heli bawak kain rentang kejohanan.

Ini Mak belalang!

Maskot angry bird yang tak angry!

Belalang oh belalang!

Ready untuk perbarisan.

Peace... rumah biru!

Segaknya rumah kuning.

Si merah pun segak jugak.

Semangatnya cikgu dia!

Gimik ala-ala tentera dari si merah!

Ala-ala pahlawan!

Aksi kejar-mengejar si singa!

Akhirnya si singa dapat jugak piala, patutla dia juara!

Lafaz ikrar.

Orang kuat bahagian hadiah.

Heli yang mendarat begitu cantik sekali. Tahniah buat Cikgu Nizam!

Yang ni heli sedia untuk berlepas!

Antara medal dan piala untuk pemenang.