Tuesday 25 June 2013

budak mmg suka main air...

lama dah tak menjenguk blog nih... sekadar berkongsi siket kenangan ketika bercuti ari tu. pasti ramai jugak kat luar sana yg suka bawak anak2  ke tempat yg main air...!
ronda2 kat pd dulu...!

nak main air tp takut2...

lastly, semua terjun!

asal ada benda ni dalam air mmg lamalah berendam jawabnyer!

Thursday 27 September 2012

kenangan hari malaysia di kuantan

Sekadar nak share gambar yang beberapa kerat ni time cuti hari Malaysia di Kuantan hari tu...

Tengah boring bilalah nak gi pantai nih...!

Angah dah merajuk ayah tak nak gi pantai lagi!

Adik ni duklah diam-diam nak candid gambar ni...

Berjalan atas permaidani hijau.

Ahah! Lembutnya permaidani ni....! He,he... aksi tersampuk atas padang!

Pas ni baru gi Teluk Cempedak.

Sedapnya sundae!

Ready nak redah pantai!

Hai... cantik tak tulisan Angah?

Gayat pertama kali jejak pasir di pantai.

Jom buat istana pasir...

Senyum sumbing!

Aksi makan aiskrim sebelum dirampas oleh monyet-monyet di situ.
Peace... dapat jugak gi pantai.

Nak wat apa ni?... Adik takut!

Camni... Nak takut aper... Duk tepi ajer!

Itulah saja... oklah untuk percutian budget selama sehari. Yang penting happy! Lain kami datang lagi Kuantan.... Bye!...

Wednesday 26 September 2012

dapur oh dapur!

Kalau dah namanya perempuan... rasanya rata-rata akan kata ruang dapur tu lah yang paling penting dalam sesebuah rumah. Mestilah ruang dapur tu nakkan yang terbaik sebab tempat tu lah yang akan di hadap sepanjang hari. Walaupun jarang-jarang memasak, dapur tu bagi aku adalah tempat yang paling aku titik beratkan. Kalau ruang dapur aku serabut, maka serabut jugaklah dalam kepala hotak aku ni. Ada orang boleh buat kerja di dapur dulu baru berkemas, tapi bagi diri aku sendiri... aku rimas kalau buat aktiviti memasak dalam keadaan dapur dan rumah yang masih belum berkemas. Tak tenang buat kerja...
Hari-hari duk berangan nak buat kabinet dapur yang lengkap dan selesa. Orang lain dah sibuk buat perancangan nak upgrade kabinet dapur masing-masing tapi aku masih lagi berkira-kira mengumpul duit nak buat kabinet dapur yang belum cukup-cukup lagi! Belum citer bab majalah Dapur yang dah bertimbun aku beli setiap bulan.... Hai, impian tinggal impian ajelah jawabnya.... Buat loan pun susah.... takpelah, lupakanlah dulu dapur impianku tu dulu. Harap-harap anak aku besar nanti kalau diaorang ada rezeki lebih, bolehlah hadiahkan kabinet dapur untuk aku.... itupun kalau diaorang ingat kat aku lah!...

Tuesday 25 September 2012

SURVIVOR KAH AKU?...

Macam pelik aje tajuk tu kan? Bukannya ape cuma nak menilai kekurangan diri yang dirasakan oleh sesetengah orang yang aku ni tak pernah ada kelebihan diri.... Iyalah, bila tengok keadaan kengkawan yang bergelar seorang ibu dan isteri, yang dah terbiasa menguruskan anak seorang diri tanpa kehadiran suami memang aku tabik dengan ketahanan mental dan fizikal mereka. Ada jugak kawan aku yang pernah menangis kerana terasa dah tak menang tangan menangani situasi yang melibatkan anak-anak, terutama bila bila anak sakit ker... iyalah dah sorang2, suami plak jauh... kalau anak masih lagi sorang boleh tahan, tapi kalau anak dah dua tiga orang camner tu? Mungkin jiwa seorang ibu akan boleh menghadapi apa saja yang berlaku, tapi kekadang ada faktor-faktor luaran lain seperti masalah kewangan dan impian yang tak kesampaian, mungkin akan mengganggu jiwa dan emosi serta mengundang sedikit sebanyak tekanan. Erm... apa pun, tak payahlah nak banding-membanding ni... buat penat aje. Yang penting, biarlah aku saja yang tahu bagaimana nak menghargai diri aku sendiri! Rasanye, semua orang pun tak suka bila diri dibanding-bandingkan dengan orang lain...

Tuesday 12 June 2012

hari ibu

Bulan lepas aku balik dari sekolah Adam berlari keluar dari rumah sambil menyerahkan satu sampul. Katanya hadiah Hari Ibu yang dibuatnya sendiri.... Terujalah jugak aku sebab anak buat khas untuk meraikan kita. Bila bukak punya bukak lah.... ini hadiahnya...! Balut punyalah banyak lapis.
Ini baru muka depan sampul hadiahnya...
Bukak sampul pertama jumpa yang ni...
Lapisan ketiga pulak. Slim tak aku dalam gambar ni... wakaka..
Lapisan keempat... Wow, makin berdebar nih!
Lastly, inilah hadiahnya...
Mula-mula tengok hadiah duit tu nak marah jugak, manalah si Adam ni dapat duit ni. Rupa-rupanya duit yang atoknya (ayah akulah tu..) kasi masa balik kampung hari tu. Tapi kan... ngapa kasi duit eh? Ke dia tahu aku mata duitan eh? He,he.... Tapi yang bestnya, lepas tu dia mintak balik yang sepuluh ringgit tu sebab nak masuk tabung! Apa-apa sajalah wahai anakku...