Tuesday, 25 September 2012

SURVIVOR KAH AKU?...

Macam pelik aje tajuk tu kan? Bukannya ape cuma nak menilai kekurangan diri yang dirasakan oleh sesetengah orang yang aku ni tak pernah ada kelebihan diri.... Iyalah, bila tengok keadaan kengkawan yang bergelar seorang ibu dan isteri, yang dah terbiasa menguruskan anak seorang diri tanpa kehadiran suami memang aku tabik dengan ketahanan mental dan fizikal mereka. Ada jugak kawan aku yang pernah menangis kerana terasa dah tak menang tangan menangani situasi yang melibatkan anak-anak, terutama bila bila anak sakit ker... iyalah dah sorang2, suami plak jauh... kalau anak masih lagi sorang boleh tahan, tapi kalau anak dah dua tiga orang camner tu? Mungkin jiwa seorang ibu akan boleh menghadapi apa saja yang berlaku, tapi kekadang ada faktor-faktor luaran lain seperti masalah kewangan dan impian yang tak kesampaian, mungkin akan mengganggu jiwa dan emosi serta mengundang sedikit sebanyak tekanan. Erm... apa pun, tak payahlah nak banding-membanding ni... buat penat aje. Yang penting, biarlah aku saja yang tahu bagaimana nak menghargai diri aku sendiri! Rasanye, semua orang pun tak suka bila diri dibanding-bandingkan dengan orang lain...

No comments:

Post a Comment