Wednesday, 26 September 2012

dapur oh dapur!

Kalau dah namanya perempuan... rasanya rata-rata akan kata ruang dapur tu lah yang paling penting dalam sesebuah rumah. Mestilah ruang dapur tu nakkan yang terbaik sebab tempat tu lah yang akan di hadap sepanjang hari. Walaupun jarang-jarang memasak, dapur tu bagi aku adalah tempat yang paling aku titik beratkan. Kalau ruang dapur aku serabut, maka serabut jugaklah dalam kepala hotak aku ni. Ada orang boleh buat kerja di dapur dulu baru berkemas, tapi bagi diri aku sendiri... aku rimas kalau buat aktiviti memasak dalam keadaan dapur dan rumah yang masih belum berkemas. Tak tenang buat kerja...
Hari-hari duk berangan nak buat kabinet dapur yang lengkap dan selesa. Orang lain dah sibuk buat perancangan nak upgrade kabinet dapur masing-masing tapi aku masih lagi berkira-kira mengumpul duit nak buat kabinet dapur yang belum cukup-cukup lagi! Belum citer bab majalah Dapur yang dah bertimbun aku beli setiap bulan.... Hai, impian tinggal impian ajelah jawabnya.... Buat loan pun susah.... takpelah, lupakanlah dulu dapur impianku tu dulu. Harap-harap anak aku besar nanti kalau diaorang ada rezeki lebih, bolehlah hadiahkan kabinet dapur untuk aku.... itupun kalau diaorang ingat kat aku lah!...

No comments:

Post a Comment