Tuesday 28 February 2012

lampu DIY.. jimat!

Lampu kat dapur rumah aku dah lama terbakar... yang payahnya lampu tu sekali dengan kipas! Lastly, suami aku ubahsuai lampu tu dengan satu lampu yang ada lebih kat umah aku nih. Kalau tak.. kena cari kipas baru pulak, yang rosak hanya lampunya. Jadinya inilah hasilnya... jadi bahan ejekan adik-adik aku. Takpelah, janji dapat jimat kos upah electrician.... satu lampu upah pasang dah 60 ringgit tau!
Tada.... orait tak? Kipas dengan lampu cam ni kat rumah aku aje ada tau!

Ini bentuk asal lampu pada kipas tadi.

DIA menguji kita dalam pelbagai cara.....

Hati aku benar-benar tersentuh dengan dugaan yang menimpa salah seorang sahabatku ini... Betapa berat dugaan yang harus ditempuhnya. Anaknya yang berusia 15 tahun telah disahkan menghidap kanser kulit tahap empat. Begitulah adanya Yang Maha Kuasa menguji kita hamba-hambanya. Ada yang diuji dengan kesusahan dan ada juga yang diuji dengan kemewahan. Sejauh manakah kita redha dengan setiap ketentuannya. Tapi bagi aku yang dah bergelar seorang ibu, dugaan melalui anak-anak lah yang paling berat. Sedangkan badan anak panas sikit kita dah berkejar ke hospital, apatah lagi jika diserang penyakit yang sebegitu rupa. Diri sendiri tak dihiraukan lagi, yang penting anak.... Hanya doa yang mampu kami semua hulurkan, semoga Cikgu Azmi terus tabah dan kuat menghadapi ujian getir ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.... teruslah berdoa kerana Dia sentiasa mendengar. Percayalah kepada kebesarannya, sebagai ingatan dan renungan buat kita semua juga... sabarlah Cikgu dengan ujian ini....

Sunday 26 February 2012

sukan-sukan SEMENTA... Sang Singa Kenyang Yang Juara!

Sekali lagi entry aku kali ni pasal aktiviti di sekolah aku. Apa lagi? Tengok tajuk pun dah dapat agak kan? Tentulah temasya sukan yang baru berlangsung di sekolah pada 25/2/12 Sabtu lepas. Kalau korang semua dah boring... lantaklah... kalau berminat boleh teruskan melihat entry aku nih.

Temasya sukan kali ni meriah. Meriah dengan sorak dan macam2 gelagat sepanjang kejohanan, dari acara perbarisan, maskot rumah, hiasan rumah dan acara kejohanan. Tak lupa jugak dengan gimik perasmian, siap ada helikopter lagi.... helikopter kawalan jauh lah...! Cikgu-cikgi pun tak ketinggalan nak berentap dalam acara khas yang disediakan. Inilah masanya nak menunjuk kelebihan masing-masing dalam arena sukan gitu...

Peserta acara lontar peluru. Sedang bersiap sedia.

Training untuk lumba lari. Alin tu silap kategori tu... he,he..

Lontar.. jangan tak lontar...!

Cikgu Intan... orang kuat bahagian hiasan rumah kuning.

Hiasan rumah biru.

Rumah merah ala-ala dam!

Si singa maskot yang aku gelar singa kekenyangan.

Mikhail si blue hyppo.. Mana perut?
Antara mc pada hari kejadian!
Salah seorang mc kami yang tetap dan berpencen!

Cikgu2 ready nak lumba lari. Training sehari aje beb!

Gaya macho naib johan acara lontar peluru!

Ustad Azwan dijulang anak2 buah selepas diumum juara keseluruhan! Kelas Ustad!

Big boss siap kipas duit lagi time bagi hadiah wang tunai!
Duta rumah biru.

Duta rumah biru jugak nih...!
Pose sana sini lah kejenya... syok sendiri!
Posing lagi.. menang posing lah jawabnya!
Replika cek RM1000 untuk juara!
Heli bawak kain rentang kejohanan.

Ini Mak belalang!

Maskot angry bird yang tak angry!

Belalang oh belalang!

Ready untuk perbarisan.

Peace... rumah biru!

Segaknya rumah kuning.

Si merah pun segak jugak.

Semangatnya cikgu dia!

Gimik ala-ala tentera dari si merah!

Ala-ala pahlawan!

Aksi kejar-mengejar si singa!

Akhirnya si singa dapat jugak piala, patutla dia juara!

Lafaz ikrar.

Orang kuat bahagian hadiah.

Heli yang mendarat begitu cantik sekali. Tahniah buat Cikgu Nizam!

Yang ni heli sedia untuk berlepas!

Antara medal dan piala untuk pemenang.

Thursday 23 February 2012

kalaulah ada mesin lipat baju....

Kalau nak dikira memang hari-hari aku mesin baju. Tu takpe lagi sebab semuanya mesin yang buat. Yang jadi liat sikit tu time nak melipatnya pulak... Selagi tak bertimbun, selagi tu lah tak berlipat. Kalau untuk 2 hari punya kain baju satu keluarga bolehlah nampak menggunung jugak kain bajunya.
Selesai sudah..... !

Kalau tak lipat, mulalah susah mengumbah mencari bila time nak pakai. Kalau dah selesai urusan lipat-melipat tu, akan ada pulak baju baru yang menunggu di ampaian. Pendek kata... tak pernah putuslah! Bukannya merungut, tapi kalau aktiviti lipat-melipat ni ditangguhkan, lagi menyusahkan diri sendiri adalah...
Alahai.. ni trip yang menunggu giliran!

Monday 20 February 2012

bijak urus wang...

 Ni lah.. antara katalog yang menjadi terapi minda
time nak release tension. Al-kononnyer...
Kalau kat tempat keje... tak de keje lain. Mesti nak mengadap katalog. Dah tu mulalah nak mengorder sana-sini. Pas tu, gaji dekat ni mulalah mencongak berapa baki gaji bersih bila dah tolak itu ini. Masa mengorder tak ingat pulak... maklumlah, order macam pakai kad kredit. Main tulis jer mana yang berkenan. Time gaji kan dah tinggal ciput. Ngapa jadi macam tu ek? Dulu aku tak macam nih. Mana silapnyer ni? Kena manage semula cara berbelanja nih... Pas ni barulah ingat tok laki. Mulalah nak mengecek duit tok laki... Ermm... Pikir-pikir balik, aku kena mula balik prinsip di bawah ni...

INCOME - INVESTMENT = EXPENSES

Duit yang ada kena simpan dulu, baki yang ada baru boleh belanja! Gitu.....

Sunday 19 February 2012

isnin yang macam2.. minggu yang kering!

Teringat sukan zaman sekolah dulu2... Acara yang aku tak
miss, tentunya acara merentas desa. Sebabnya dah wajib.
Acara lain tak layak....kuang,kuang,kuang...
Assalamualaikum.... bermulanya pagi ni penuh dengan agenda. Melangkah kaki ke sekolah aje dah banyak aturcara yang menunggu, walaupun aku ni cikgu ala-ala suam-suam kuku aje. Time perhimpunan tadi Encik Ahad, Encik Osman dengan Encik Mat Leh dah senyum kembang tak kempis-kempis sebab ambik hadiah selaku johan Pertandingan Petanque Peringkat Daerah. Mana taknya,pas ni kalau menang lagi boleh gi peringkat zon, pas tu peringkat negeri... kalau menang lagi? Zoom....diaorang boleh terbang gi Vietnam. Bukannya ape.. tumpang seronok untuk kengkawan.

Ada pulak pengumuman dari Tuan Haji tentang temasya sukan sekolah Sabtu ni. Hadiah lumayan menanti kepada rumah sukan terbaik. Hadiah satu ribu hengget menanti kepada sang juara..! Apa lagi, lepas sorang, sorang... cikgu yang buat pengumuman perjumpaan rumah sukan bagi merebut RM1,000. Jadi meriahlah pulak, masing-masing dah buat ala-ala gatal tangan nak dapat duitlah konon. Takpelah yang penting kita merasa kemeriahannya. Petang ni ada sukantara bagi rumah biru dengan rumah merah. Yang penting kelas malam minggu ni dibatalkan. Cikgu pulak yang kuat bersorak, kelas gitu..!

Bercakap bab duit ni pulak, ramai lah sahabat yang dah kering. Temanya poket dah kosong! Termasuklah penulis blog nih hah... (akulah tu!).Almaklumlah, akhir bulan... gi lah mana-mana shopping complex, sunyi aje. He, he,.. Ermm... Lambatnya ari khamis (ari gaji)! Hu,hu... Tadi dah kena bayar duit baju sukan pulak. Bertambah ringanlah handbag i... Bebudak pulak suruh aje pakai baju uniform biru, sebab rumah biru. Save budget... Kami-kami ni beri jolokan ketua rumah biru Ustad Lotfi ni Ustad Budget (Sory ustad, gurau aje).. Bukan ape pun saja je, ustad ni bukannya ape, cuma kesiankan bebudak ni keluar banyak duit pulak nanti.

Wednesday 15 February 2012

5s... korang ada???!

Erm... Cikgu Norazaman baru aje dapat sijil penghargaan 5S dari Encik Zaki.
Kelas!
Kuang, kuang, kuang... itulah temanya. Bukan ape, semenjak dua menjak sekolah kami dapat Sijil Pengamalan 5S nih ramailah cikgu-cikgu yang banyak buat keje ari tu dapat sijil-sijil penghargaan. Salah seorangnya rakan blogger kami yang tip top ni hah... siapa lagi kalau bukan Cikgu Norazman. Memang patut pun diaorang ni dapat sebab banyak memainkan peranan. Kami-kami ni hah, setakat pose sini pose sana ajelah. Buat... bukan tak buat. Tapi yang dapat sijil-sijil ni memang kitaorang tabik springlah dengan komitmen yang diaorang sumbangkan. Yang mengaudit (puas dah mengodit sana-sini/Cikgu Norazman bersama sahabat sekutunya Cikgu Thanapalan), yang mengecat (banyak dah dinding-dinding kat sekolah ni dilukis dan dicatnya/Cikgu Muhibbah), bilik buku teks (yang dah ala-ala pelamin kat dalamnya/Cikgu Suhaida), makmal-makmal sains (komitmen yang sangat tinggi dari pembantu makmal/Encik Salleh), bilik-bilik guru yang ada (aktiviti menyisih yang tak pernah abis/bilik guru kami ketuanya Cikgu Nora) dan sape lagi yer?... Banyak lagilah, pendek kata semua gurulah terlibat. Akhir kata, Cikgu Nora bila nak dapat sijil? Orang lain dah ada... kau ada?

Sunday 12 February 2012

memori merentas desa 2012

Sekolah ganti lagilah sabtu ni... Ermm, temanya time cuti semua nak, time mengganti mulalah liat sikit. Nak tak nak kenalah datang jugak kan? Lagipun inilah masanya nak exercise sekali-sekala. Nak harapkan sendiri gi exercise lambat lah jawabnyer... Apa pun, seronok jugak tengok bebudak ni berlari, macam-macam aksi dan karenah! Inilah masanya jugak nak release tension kononnya...

cikgu-cikgu posing dulu..!

alahai... cari checkpoint pun boleh sesat!
Rehat dulu! Sebelum acara penyampaian hadiah.

Aksi rumah merah selaku naib juara bersama hamper.

Selaku juara merentas desa, rumah kuning... seronok sangat ambik hadiah
sampai terlupa nak salam dengan  Pengetua.

Senyuman sang juara keseluruhan merentas desa 2012, rumah kuning!