Teringat sukan zaman sekolah dulu2... Acara yang aku tak miss, tentunya acara merentas desa. Sebabnya dah wajib. Acara lain tak layak....kuang,kuang,kuang... |
Ada pulak pengumuman dari Tuan Haji tentang temasya sukan sekolah Sabtu ni. Hadiah lumayan menanti kepada rumah sukan terbaik. Hadiah satu ribu hengget menanti kepada sang juara..! Apa lagi, lepas sorang, sorang... cikgu yang buat pengumuman perjumpaan rumah sukan bagi merebut RM1,000. Jadi meriahlah pulak, masing-masing dah buat ala-ala gatal tangan nak dapat duitlah konon. Takpelah yang penting kita merasa kemeriahannya. Petang ni ada sukantara bagi rumah biru dengan rumah merah. Yang penting kelas malam minggu ni dibatalkan. Cikgu pulak yang kuat bersorak, kelas gitu..!
Bercakap bab duit ni pulak, ramai lah sahabat yang dah kering. Temanya poket dah kosong! Termasuklah penulis blog nih hah... (akulah tu!).Almaklumlah, akhir bulan... gi lah mana-mana shopping complex, sunyi aje. He, he,.. Ermm... Lambatnya ari khamis (ari gaji)! Hu,hu... Tadi dah kena bayar duit baju sukan pulak. Bertambah ringanlah handbag i... Bebudak pulak suruh aje pakai baju uniform biru, sebab rumah biru. Save budget... Kami-kami ni beri jolokan ketua rumah biru Ustad Lotfi ni Ustad Budget (Sory ustad, gurau aje).. Bukan ape pun saja je, ustad ni bukannya ape, cuma kesiankan bebudak ni keluar banyak duit pulak nanti.
No comments:
Post a Comment