Tuesday, 28 February 2012

DIA menguji kita dalam pelbagai cara.....

Hati aku benar-benar tersentuh dengan dugaan yang menimpa salah seorang sahabatku ini... Betapa berat dugaan yang harus ditempuhnya. Anaknya yang berusia 15 tahun telah disahkan menghidap kanser kulit tahap empat. Begitulah adanya Yang Maha Kuasa menguji kita hamba-hambanya. Ada yang diuji dengan kesusahan dan ada juga yang diuji dengan kemewahan. Sejauh manakah kita redha dengan setiap ketentuannya. Tapi bagi aku yang dah bergelar seorang ibu, dugaan melalui anak-anak lah yang paling berat. Sedangkan badan anak panas sikit kita dah berkejar ke hospital, apatah lagi jika diserang penyakit yang sebegitu rupa. Diri sendiri tak dihiraukan lagi, yang penting anak.... Hanya doa yang mampu kami semua hulurkan, semoga Cikgu Azmi terus tabah dan kuat menghadapi ujian getir ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.... teruslah berdoa kerana Dia sentiasa mendengar. Percayalah kepada kebesarannya, sebagai ingatan dan renungan buat kita semua juga... sabarlah Cikgu dengan ujian ini....

1 comment: