Wednesday 15 February 2012

5s... korang ada???!

Erm... Cikgu Norazaman baru aje dapat sijil penghargaan 5S dari Encik Zaki.
Kelas!
Kuang, kuang, kuang... itulah temanya. Bukan ape, semenjak dua menjak sekolah kami dapat Sijil Pengamalan 5S nih ramailah cikgu-cikgu yang banyak buat keje ari tu dapat sijil-sijil penghargaan. Salah seorangnya rakan blogger kami yang tip top ni hah... siapa lagi kalau bukan Cikgu Norazman. Memang patut pun diaorang ni dapat sebab banyak memainkan peranan. Kami-kami ni hah, setakat pose sini pose sana ajelah. Buat... bukan tak buat. Tapi yang dapat sijil-sijil ni memang kitaorang tabik springlah dengan komitmen yang diaorang sumbangkan. Yang mengaudit (puas dah mengodit sana-sini/Cikgu Norazman bersama sahabat sekutunya Cikgu Thanapalan), yang mengecat (banyak dah dinding-dinding kat sekolah ni dilukis dan dicatnya/Cikgu Muhibbah), bilik buku teks (yang dah ala-ala pelamin kat dalamnya/Cikgu Suhaida), makmal-makmal sains (komitmen yang sangat tinggi dari pembantu makmal/Encik Salleh), bilik-bilik guru yang ada (aktiviti menyisih yang tak pernah abis/bilik guru kami ketuanya Cikgu Nora) dan sape lagi yer?... Banyak lagilah, pendek kata semua gurulah terlibat. Akhir kata, Cikgu Nora bila nak dapat sijil? Orang lain dah ada... kau ada?

2 comments:

  1. ala....mencik tau...x dapat2 lg sijil...mana cekgu zaki ni...??...org paling penting x dapat nih!!..hehe

    ReplyDelete
  2. emmmm kelas, hebat dan grand! bukan sebab dapat sijil tapi sebab dapat terima sijil ngan cikgu Zaki! hahahahaha...Gitewwwwwww.......yang penting jadi cover story lagi!

    ReplyDelete