Monday, 9 January 2012

vitamin c jadi racun... awas!

Baca tajuk kat atas mesti tertanya-tanya ngapa yer?... Dah lama aku terbaca artikel di dalam akbar Perdana tapi baru sekarang ni berpeluang nak menulis. Alkisahnya bermula apabila seorang wanita yang sedang makan malam bersama keluarganya tetiba jatuh dengan mata, telinga, hidung dan mulutnya keluar darah. Wanita itu dibawa ke hospital tapi mati juga akhirnya. Setelah dijalankan pemeriksaan didapati bahawa wanita itu mati kerana keracunan makanan.

akan tetapi pihak keluarga tidak puas hati dengan laporan tersebut dengan alasan ahli keluarga lain yang makan makanan yang sama tidak pula keracunan makanan. Lalu polis mengambil tanggungjawab menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan kepakaran seorang pakar perubatan di sebuah sekolah perubatan yang terkenal untuk menganalisis kes tersebut.

Profesor tersebut mengambil pelbagai sampel ketika bedah siasat dan dalam masa kurang dari satu jam persoalan kepada kes tersebut dapat dijawab! Rupa-rupanya kematian itu disebabkan kelalaian dan kejahilan dalam pengambilan suplimen dan makanan.

Pengambilan Vitamin C memang banyak kebaikannya... tetapi tidak boleh dimakan dengan makanan laut yang mempunyai kulit yang lembut seperti udang dan ketam. Pada malam tersebut, wanita tersebut memang mengambil Vitamin C setiap hari dan pada hari itu dia juga telah makan udang bersama kulitnya sekali. Menurut kajian, makanan laut yang mempunyai kulit lembut seperti udang dan ketam itu mempunyai kandungan pottasium arsenic compound. Ia boleh menyebabkan tindak balas kimia dan dengan cepat akan bertukar menjadi racun yang boleh membunuh! Racun tersebut boleh melumpuhkan perjalanan darah dan sebab itulah darah keluar dari hidung, mulut, mata dan telinga si mati tadi....

Patutlah ada juga petua-petua orang tua dulu yang melarang kita makan sewenang-wenangnya sesetengah makanan. Contohnya, tak boleh makan madu dengan buah tembikai, manggis tak boleh makan dengan ciku, kalau makan ubat jangan makan durian,..... dan bayak lagi rasanye... tapi aku tak ingat....

No comments:

Post a Comment