Sunday 26 February 2012

sukan-sukan SEMENTA... Sang Singa Kenyang Yang Juara!

Sekali lagi entry aku kali ni pasal aktiviti di sekolah aku. Apa lagi? Tengok tajuk pun dah dapat agak kan? Tentulah temasya sukan yang baru berlangsung di sekolah pada 25/2/12 Sabtu lepas. Kalau korang semua dah boring... lantaklah... kalau berminat boleh teruskan melihat entry aku nih.

Temasya sukan kali ni meriah. Meriah dengan sorak dan macam2 gelagat sepanjang kejohanan, dari acara perbarisan, maskot rumah, hiasan rumah dan acara kejohanan. Tak lupa jugak dengan gimik perasmian, siap ada helikopter lagi.... helikopter kawalan jauh lah...! Cikgu-cikgi pun tak ketinggalan nak berentap dalam acara khas yang disediakan. Inilah masanya nak menunjuk kelebihan masing-masing dalam arena sukan gitu...

Peserta acara lontar peluru. Sedang bersiap sedia.

Training untuk lumba lari. Alin tu silap kategori tu... he,he..

Lontar.. jangan tak lontar...!

Cikgu Intan... orang kuat bahagian hiasan rumah kuning.

Hiasan rumah biru.

Rumah merah ala-ala dam!

Si singa maskot yang aku gelar singa kekenyangan.

Mikhail si blue hyppo.. Mana perut?
Antara mc pada hari kejadian!
Salah seorang mc kami yang tetap dan berpencen!

Cikgu2 ready nak lumba lari. Training sehari aje beb!

Gaya macho naib johan acara lontar peluru!

Ustad Azwan dijulang anak2 buah selepas diumum juara keseluruhan! Kelas Ustad!

Big boss siap kipas duit lagi time bagi hadiah wang tunai!
Duta rumah biru.

Duta rumah biru jugak nih...!
Pose sana sini lah kejenya... syok sendiri!
Posing lagi.. menang posing lah jawabnya!
Replika cek RM1000 untuk juara!
Heli bawak kain rentang kejohanan.

Ini Mak belalang!

Maskot angry bird yang tak angry!

Belalang oh belalang!

Ready untuk perbarisan.

Peace... rumah biru!

Segaknya rumah kuning.

Si merah pun segak jugak.

Semangatnya cikgu dia!

Gimik ala-ala tentera dari si merah!

Ala-ala pahlawan!

Aksi kejar-mengejar si singa!

Akhirnya si singa dapat jugak piala, patutla dia juara!

Lafaz ikrar.

Orang kuat bahagian hadiah.

Heli yang mendarat begitu cantik sekali. Tahniah buat Cikgu Nizam!

Yang ni heli sedia untuk berlepas!

Antara medal dan piala untuk pemenang.

No comments:

Post a Comment