Kalau nak dikira memang hari-hari aku mesin baju. Tu takpe lagi sebab semuanya mesin yang buat. Yang jadi liat sikit tu
time nak melipatnya pulak... Selagi tak bertimbun, selagi tu lah tak berlipat. Kalau untuk 2 hari punya kain baju satu keluarga bolehlah nampak menggunung jugak kain bajunya.
|
Selesai sudah..... ! |
Kalau tak lipat, mulalah susah mengumbah mencari bila time nak pakai. Kalau dah selesai urusan lipat-melipat tu, akan ada pulak baju baru yang menunggu di ampaian. Pendek kata... tak pernah putuslah! Bukannya merungut, tapi kalau aktiviti lipat-melipat ni ditangguhkan, lagi menyusahkan diri sendiri adalah...
|
Alahai.. ni trip yang menunggu giliran! |
No comments:
Post a Comment