Thursday, 27 October 2011

pi penang

Baru sampai Tapah.. Jauh lagi ke?
Hari ni baru berpeluang nak taip entri ni. Bkn entri apa pun..  saja nak kongsi pengalaman makan hangin ke Penang beberapa hari yang lalu bersempena cuti umum perayaan Deepavali. Sebenarnya percutian ni tak dirancang. Plan awal sbnrnya nak ke Kuantan kerana ada sedikit urusan tp tak kesampaian... Jadi percutian pun beraloih alah ke utara. Suami tanya  nak ke mana. Aku x ada idea nk gi mana... yg terlintas di kepala KL ajelah.. Pompuan kan... mestilah nak ke tmpt shopping mopping... Suami kata balik2 KL, KL, KL... Last2 dia kata ikut aje mana dia nk bwk. Lama sungguh perjalanan tertanya-tanya jugak aku ke mana kitaorang ni?... Suami kata follow aje... Last2 aku nmpk jambatan Pulau Pinang. Oh.. rupa-rupanye ke Penang... Patutlah lama sgt prjalanan. Dahlah standby baju sepasang sorang aje...







Sampai juga anak2 ku ke Pulau Mutiara
Sampai sana dlm kul 7 mlm, suami terus mghala ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Kat sini ok jugaklah biliknya. Bilik famili punya rate RM250. Dapatlah diskaun utk kakitangan kerajaan, bayar RM180 aje. Biliknya boleh tahan... Sbb suami pernah menginap di sini masa dulu. Pas tu bermulalah episod ronda2, tmpt pertama dituju pastilah tempat yang boleh mengisi perut yg dah lama berkeroncong. Kamipun mknlah di kedai makan berhampiran Kompleks Bukit Jambul. Pas tu gi masuk MYDIN kat situ utk beli baju sehelai dua utk bekalan esok. Habis aje agenda di MYDIN terus balik. Mata dah ngantuk, terus tido... zzzzzzzz...


Hari tanpa plastik. Wow, MYDIN warna pink tu...!

Esoknnya, pagi breakfast dulu di cafe hotel. Ada kupon kan... apa lagi gunalah aje. Abis makan teruskan agenda berikutnya, nak pegi Bukit Bendera. Memusing jugaklah nak cari Bukit Bendera kat mana. Pening duk membaca papan tanda.


Parking kete kat Jalan Pokok Ceri, nak naik train Bukit Bendera.

Kat Bukit Bendera.

Lama jugak kat Bukit Bendera. Pas tu terus gi KOMTAR dan PERANGIN MALL. Apa lagi?.. Time makanlah pulak sambil cuci mata kat situ... Nak shopping sakan mana ada budget.. Kalau ada Borong Sakan bolehlah... He,he... Selesai saja makan dan jalan-jalan jap, terus gerak ke jeti, nak balik dah. Balik nak naik feri pulak.

Big Boss dah lapar! Minum dulu!



Nak balik dah.. Parking on the roof!


Pergi ikut jambatan, balik naik feri.

Macam terpaksa dan dipaksa jer


Guna teropong apa tuh angah?

Santapan atas feri. Lapar lagi...!


BYE, BYE PENANG... ADA MASA, ADA REZEKI, KAMI PASTI DATANG LAGI! BANYAK LAGI TEMPAT TAK SEMPAT PEGI...

1 comment: