Sebenarnya mata Arif bermasalah sejak lahir lagi. Itupun masa umurnya dah masuk 5 bulan baru dapat tahu. Air mata Arif sentiasa mengalir walau pun tidak menangis. Semua klinik yang aku pernah pergi semuanya mengatakan Arif sakit mata dan kasi ubat mata. Mujurlah tergerak nak prgi check up di Klinik SK Ng di Bentong ni... Lepas aje aku cerita perihal Arif ni terus dia tutup suis lampu dalam biliknya dan menyuluh ke dalam anak mata Arif. Barulah dia bagitau yang Arif bukan sakit mata tapi mengalami masalah mata. Dia sediakan surat rujukan untuk jumpa pakar. Dari situ, bermulalah epsisod aku dan suami berulang-alik membuat pemeriksaan di Hospital Temerloh hinggalah ke HKL sampailah sekarang Arif dah berusia 4 tahun.
Rupa-rupanya Arif mengalami tekanan mata tinggi, juga rabun silau dan rabun jauh. Aku ingat selama ini darah aje ada tekanan tinggi rendah.... Arif pakai cermin mata ketika umurnya setahun 5 bulan selepas pembedahan pertama. Mujurlah dengan umur sekecil itu apabila dipakaikan cermin mata dia langsung tidak mengusiknya. Mungkin dia merasa selesa apabila memakai cermin mata...
Selepas operate kali pertama. Bear busuk mesti ada... |
Selepas operate kali ke-2... |
Dalam setahun lepas tu kena buat pembedahan kali ke-2 utk buat parit sbb tekanan mata masih tinggi dan utk elak air mata terus mengalir ke luar. Parit tu adalah supaya air mata tak mengalir ke luar, supaya air mata masuk ke dalam. Rupa-rupanya sampai parit pun boleh buat dalam mata ya?.. Ikut ajelah, doktor lebih arif...Kali ni aku tak sanggup dah masuk, suami aku pulak yg masuk...
Pembedahan kali ke-3 pulak utk pastikan parit dia tak tersumbat... betul2 macam paritlah pulak! Kali ni pun suami aku yang masuk.... Yang kali ke-4 aku tak ingat utk apa tapi aku tetap tunggu di luar, sbb aku tak sanggup dah...
Kali ke-3, keluar gelembung air atas mata. Kena tahan utk masuk bilik operate lg sekali utk cucuk keluarkan air tu. |
Sebenarnya doktor suruh datang seminggu sebelum raya puasa lepas sbb dai check katanya parit yang diaorang buat dulu dah nak 'flat'/rata semula... Alamak... kali ni suami aku pulak yg dah tak sanggup tengok Arif kena masuk bilik operation lagi. Jadi kami ambik keputusan tak pergi, nak cuba kaedah alternatif.... tapi sekarang macam mana ya?.... Nampak gayanya kena pegi HKL lagi ni.... Harap2 semua okey nanti...
Sekadar berkongsi pengalaman, bukan meraih simpati.
Terkini... Harap2 tak masuk bilik bedah lagi. |
No comments:
Post a Comment