Sunday 29 January 2012

bertahun naga di Cameron, mencari dunia yang hilang di Tambun

Cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina tak kemana-mana pun pada awalnya. Duk rumah pun sunyi sepi... maklumlah ramai yang ambil kesempatan balik kampung, bercuti dan macam-macam lagi lah halnya. Mulanya nak ajak mak dengan abah pegi Cameron Highland ikut jalan baru Koyan, Raub tapi mak tak nak lah pulak. Dekat ikut jalan ni, dalam satu setengah jam aje dah sampai. On the way pegi, suami cuba-cubalah call Tiara Beach Resort sebab ada promotion untuk penginapan dengan pakej masuk taman tema airnya. Banyak kali call tapi tak ada orang angkat. Dah penuh orang booking kot! Ingatkan masa balik nanti ikut Tapah bolehlah singgah... Jadi, kami ambik keputusan balik ikut Tapah jugak, kalau rasa nak tido cari ajelah motel murah-murah... He,he,.. Alah, sekadar untuk melelapkan mata barang sekejap.

Sampai aje Cameron boleh tahan jugak ramai orangnya, cutilah katakan... Singgahlah melawat ladang teh jap. Anak-anak cukup teruja sebab kali pertama datang. Apa lagi... bergambar sakanlah kitaorang nih. Anak-anak baru tahu cuaca kat sini sejuk rupanya. Kitaorang sampai pun dah petang, pusing punya pusing rupa-rupanya ada pasar malamlah pulak. Perut pulak dah berkeroncong, apa lagi... singgah lagi... beli makanan alas perut sebelum meneruskan perjalanan.

Sampai bandar Ipoh dah malam. Pemandangan waktu malam dengan sinaran lampu berwarna-warni memang cantik. Adam dengan Arif nampak pulak pintu gerbang The Lost World of Tambun yang tersergam itu, meronta-ronta ajak mandi. Terpaksalah cari tempat tido dulu. Esok baru boleh mandi. Hotel The Lost World dah penuh. Memang aku berharap ia dah penuh pun sebab aku rasa harganya mahal. Cari punya cari dapatlah kat Hotel Tambun Inn. Hotel yang ala-ala motel.... padanlah dengan harganya. Waktu malam pemandangan di luar hotel memanglah cantik,.... pagi esok tengok kat luar macam rumah kedai pulak. Takpelah, yang penting kitaorang dah tido dengan selamatnya kat sana. He,he...

Inilah antara candid sebagai kenangan untuk simpanan dalam blog aku...

Saujana mata memandang...


Ready to explore...

Tada....

Oh... Inilah daun teh segar...!

Ini tuan punya ladang teh ape?....

Aik! Sama tinggi dengan pokok teh aje...

Cak!

Alamak! Dah sesatlah pulak.
Senyumlah Amri...!

Senyum... Kita kat ladang teh ni...!

Syoknya berdukung.

Ishh... Degil Arif nih!

Berlatarbelakang ladang teh.

Di LOST WORLD OF TAMBUN... Sape dulu masuk kolam? Arif ke kura-kura tu?

Peace...

Menantikan tempayan tumpah!

Step by step sebelum Amri masuk kolam.

Penatlah... Boleh landing kejap tak wahai si kura-kura...

Akhirnya Amri pun mandi sakan.

Berteduh bawah cendawan jap!


Times up for Amri.

Boringlah pulak.

Rehat bawah pokok kelapa.

Salah satu kolam yang ada...

Nasib baik ada pelampung.

Naik pelampung besar.

Dah siap.... Nak gi salin baju plak.

Bergambar dengan kucing besar ni jap sebelum balik.

Kelaparan, makan jajan jap.

Ini Angah, Angah aje boleh minum!




Jangan kacau! Nak baring jap.

Apasal Amri ni?

Inilah gayanye bila pelampung naik darat.

Beraksi dengan pelampung!

Meraung lagi.... Takut betul Angah ni..

Peace....!

Bye...!

1 comment:

  1. nape x bawak balik kura2 tu angah.....

    ReplyDelete