Tuesday, 20 December 2011

happy birthday... AMRY

Gitulah citernya... terpaksa sambut birthday anak aku yang bongsu Amri terawal sikit. Sepatutnya 22/12 baru Amri genap setahun. Kami jiran tetangga terpaksa mengawalkannya pada 17/12... Masing-masing sibuk, jadi pilihlah tarikh tu. Sambut sekali dengan birthday anak jiran sebelah rumah Kak Ina, Abang Muaz hari jadi yang ke-12... Tak adelah majlis besar-besaran cuma buat BBQ kecil-kecilan kat rumah jiran Kak Yam. Jemputlah kengkawan rapat Muaz dan Amri... Walaupun sambutan kecil-kecilan tapi meriah, tu yang seronok tu...

OK... BIRTHDAY BOY DAH READY NAK GI BBQ!


ACARA PANGGANG-MEMANGGANG SEDANG BERLANGSUNG....


SORANG LAGI BIRTDAY BOY, ABANG MUAZ SEDANG HIDUPKAN API LILIN.

DUA ORANG BIRTHDAY BOY, MUAZ DAN AMRI... EPY BRTHDAY!


ESOKNYA HERO-HERO DUK TERBUNGKANG KAT RUMAH... MANA TAKNYE? SI AYAH LEPAS BBQ SEMPAT LAGI PEGI MENGETEH, PUKUL 2PAGI BARU BALIK RASENYE....


ESOKNYA SEHARIAN LAH SI AYAHNYA MELAYAN KARENAH ALL HERO


PETANG TU PLAN NAK GI MAKAN PIZZA SARPINO'S KAT RAUB.... NAMPAKLAH PULAK BUTIK NI, DIA PUNYA MOTO HIDUP BIAR CANTIK... AIK! ALA-ALA PINKCHERRY AJE BUNYINYER...!


CANTIK JUGAK DEKO TINGKAT ATAS KAT PIZZA SARPINO NIH...


MENTANG-MENTANG KEK DIA SAMPAI DULU... TAK PANDANG KIRI-KANAN, PELAWA PUN TIDAK....


INILAH PIZZANYER, DAH TINGGAL SEPARUH... OKLAH JUGAK RASENYER, TAKLAH MUAK SANGAT.


OKLAH....PIZZA PUN DAH LICIN, KAMI BALIK DULU YER...!

Monday, 12 December 2011

cuti-cuti di rumah...


Musim cuti sekolah kalau dah tak ke mana... duk lah diam-diam kat rumah. Musim hujan pulak tu... Tapi best jugak... padat jugak aktiviti seharian di rumah! Hish.. rumahku syurgaku lah katakan.... Mai tengok tentatif program 1 hari 1 rumah nih.. he,he,...

Aktviviti pertama selepas urusan dalam rumah selesai... mandikan arnab... Sejuknya, mandi musim2 hujan ni. Bulu pun lambat sikit nak kering kalau tak guna pengering rambut!

Menjenguk dusun dalam pasu. Pokok ajaib aku dah berbuah... Apa khasiat buah dan adun ajaib ni? Lain kali aku cite ok...

Ni pulak taman herba dalam pasu aku. Pegaga....!

Tengahari ni aku gantung periuk dan kuali sebab tak payah masak. Kawan merangkap jiran belakang rumah aku jemput makan tengahari sempena birthday anaknya Dhiya... Tengoklah tu, berperang dengan maknya nak tiup lilin nan sebatang.

Pas majlis birthday tu, cadangnya nak kasi mesin rambut Amri! Ahah.... Ketawa ye Amri... Jap lagi nak botaklah kepala tu.

Wah, happy nampak Amri... Tunggu, jap... aje lagi.... Tengah duk tunggu giliran nak potong rambut ni...

Hah,.... Perang sudah bermula! Siap tanggal baju nak potong rambut punya pasal... Tup,tup, dapat mesin kiri kanan aje.... Dia punya mengamuk, sampai hilang suara....

Gaya rambut selepas trim bahagian tepi... sama macam rambut sebelum aje....

Sebab tengahari dah gantung kuali, malam pun makan kat luar aje lah...... Sekali-sekala... Tak pun, berkala-kala...

Monday, 5 December 2011

Adam khatan... Selamat sudah...

Alhamdulillah..... Anak aku yang sulung Adam dah selamat berkhatan. Dua hari lepas birthday dia terus aje berkhatan. Cuti panjang hujung tahun begini memang ramai ibu bapa yang mengambil peluang nak khatankan anak masing-masing. Sebenarnya tak rancang pun nak khatankan Adam, tapi dia dapat tahu dua orang kawan baiknya di sekolah dah khatan terus beria-ia dia pun nak khatan.... Sementara Adam tengah duk semangat dan tengah berani baik turutkan saja. Sampai masanya... jeng,jeng... MA Hospital datang kat rumah nak khatankan Adam, kalau tak silap dalam pukul 5.00 petang. Adam dah ready dengan kain pelikatnya, aku pulak cepat-cepat naik bilik atas, ayahnya saja yang temankan Adam. Aku sebenarnya tak ada keberanian nak menghadapi peristiwa ni... Tak lama lepas tu aku dengar Adam menangis tapi nasib baik dia kuat semangat, aku dengar abis semua surah yang dihafalnya dibaca kuat-kuat....! Aku kat atas dah tak senang duduk macam ayam berak kapur dah... Tapi, alhamdulillah semuanya dah selamat. Lega... sorang hero aku dah lepas. Tinggal lagi 2 hero yang aku akan hadapi masa akan datang. Sebenarnya selain melaksanakan syariat agama, berkhatan ni banyak kelebihannya dari segi kesihatan. Teringat aku masa aku kerja dengan syarikat swasta dulu, bos aku yang berbangsa cina telah mengkhatankan dua orang anak lelakinya. Katanya berkhatan ni baik untuk kesihatan. Sekarang ni pun ramai bangsa lain turut melakukan amalan berkhatan ni....

Yes!   Adam sudah berjaya!

Dua orang penglipur lara Adam... Angah dan kawannya Ikhwan.

Tuesday, 29 November 2011

lagi-lagi green tea..

Ari ni nak buat entry kesihatan sikit. Sejak kebelakangan ni aku menjadi salah seorang penggemar minuman green tea. Aku mula amalkan minum green tea ni sejak awal tahun ni... kiranya dah hampir setahun jugaklah. Sekurang-kurangnya aku akan minum green tea ni 2 kali sehari selepas waktu makan. Aku dah jarang minum air bergula atau bersusu apatah lagi kalau yang letak ais. Maklumlah zaman sekarang ni macam-macam penyakit kalau terlebih gula. Kadang-kadang tu kalau terliur adalah jugak aku minum tapi dah jarang sangat dah. Setelah aku amalkan minuman ini aku memang rasa perbezaannya. Kalau dulu aku selalu aje pening dan migrain , tapi setelah amalkan green tea ni aku tidak lagi pening2. Sekali-sekala tu adalah jugak tapi tak macam dulu lagi... Rupa-rupanya melalui pembacaan dan info dari rakan-rakan barulah aku tahu banyak jugak khasiat green tea nih. Antara ringkasan khasiatnya.....,

  • menurunkan kadar kolesterol.
  • menurunkan tekanan darah (penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal yang mana ubat hipertensi yang terkenal adalah 'ACE inhibitor'.... dan green tea adalah 'ACE inhibitor' semulajadi yang terbukti melalui kajian dapat menurunkan tekanan darah tinggi).
  • menurunkan kadar gula dalam darah.
  • fungsi antioksidan (antioksidan dalam 3 cawan teh adalah 8 kali lebih kuat daripada 1 biji epal).
  • melancarkan pencernaan dan melarutkan lemak.
  • melindungi kornea mata dan mencegah katarak.
  • mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
  • meningkatkan metabolisme (pengaruh antioksidannya dapat membantu hati berfungsi secara lebih efektif).
  • melindungi tubuh daripada kanser (daun teh yang dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser).
  • melindungi dari hepatitis.
  • mencegah keracunan makanan.


Kalau pergi ke mana-mana aku mesti pastikan ada beberapa uncang green tea dalam handbag aku. Tak kiralah aku makan kat kedai mana... aku akan order air panas aje. Pas tu aku buatlah green tea aku. Kepada yang nak mencuba, pastikan green tea yang anda beli bila dibancuh warnanya hijau cair (lebih kurang macam dalam gambar di atas). Kalau tak green tea tu sebenarnya telah ditambah banyak pewarna. Kalau boleh belilah organic green tea... Selamat mencuba!..

Monday, 28 November 2011

Adam genap 7 tahun.

Salam Maal Hijrah semua. Bersyukur dengan segala rahmat dariNya... Semoga hidup kita sejahtera di dunia dan di akhirat. Maal Hijrah kali ini kebetulan jatuh hari yang sama dengan ulang tahun hari lahir anakku yang sulung Muhammad Adam (7 tahun dah anak aku...). Semoga panjang umur dan jadi anak yang baik!

Semalam perancangan awal nak bawak anak-anak jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Genting tapi dibatalkan sebab hujan lebat. Risau jugak bawak kete naik kat tempat berbukit-bukit waktu hujan nih... jalan licin, bengkang-bengkok pulak tu... Jadi haluan perjalanan diubah pergi ke One Utama. Ingat nak pegi makan-makan aje.... alih-alih tak jadik makan sebab lupa nak kuar duit, cari ATM machine punyalah jauh. Lastly singgah kat Carrefour Wangsa Maju makan kat situ on the way nak balik Bentong. Jadilah....


Seronok betul bebudak ni tengok movie free... tengah jalan pun boleh duk bersila lagi, yang penting happy..!


Besarnya handphone ni... jaga-jaga Arif, nanti abang Adam terlepas pulak!


Tenang sikit nak berjalan bila askar-askar ni masuk troli, ayah jadi  tukang tolak troli sambil dukung si kecik!

Hari ni beli kek kecik, panggil kawan-kawan Adam kat sebelah rumah potong kek hari jadi yang tak seberapa. Balik aje dari tuisyen terkejutlah jugak Adam tengok member dia dah tunggu. Biarpun tak seberapa, yang penting anak aku tahu yang ibu dan ayahnya ingat hari lahirnya....

Bila nak mula nih?...


Mari potong kek!...


Sedapnya kek ni... Angah nak lagi boleh tak?


Alah..... Adik punya kek mana? Lapar dah nih...


Makan kek sudah... exercises time.... Sbb Adam dah janji nak tolong ayah bersih rumput kat depan rumah. Bagus jugak... kalau tak time hujan begini asyik makan tido, makan tido...

Tak sia-sia aku beli penyapu ni tadi...


Amacam? Bersih tak?

Saturday, 26 November 2011

musim tengkujuh datang lagi!

Lama tak layan blog. Maklumlah kalau dah cuti panjang, balik kampung pulak tu... memang payah nak layan internet. Hujung tahun begini memang acara tahunanlah, musim tengkujuh menjengah lagi. Yang paling leceh bila basuh kain baju. Hari ni jemur, dua tiga hari baru boleh kering. Itu pun berkat angkut penyidai kain masuk dalam rumah, letak bawah kipas! Ramai jugak kawan2 aku yang guna taktik ni.. he,he...

Mujur zaman sekarang dah ada handphone untuk persediaan dalam hal-hal kecemasan begini.

Kalau nak keluar pun liat sikit kalau dah hujan, kecuali kalau ada urusan penting. Kepada kawan2 yang bercuti tu, hati-hatilah ketika musim hujan ni. Pernah sekali aje aku merasa bagaimana rasanya dilanda banjir. Masa tu bercuti di rumah kawan di Perlis masa belajar kat utara dulu. Sedar-sedar waktu subuh air dah hampir naik kat rumah atas. Kepada yang rumah atau tempat tinggalnya dilanda banjir banyak-banyaklah bersabar. Anggaplah musibah ini sebagai satu dugaan....

Wednesday, 16 November 2011

pot luck again! happy eating..

Hari ni hari makan-makan. Memang kami semua dah plan minggu nak nak buat sikit jamuan akhir tahun. Bukan jamuan grand pun, cuma jamuan kecil-kecilan antara kami aje. Masing-masing bawak makanan sorang sikit, tak kiralah nak masak sendiri atau masak aje kat kedai... tak bawak pun tak ape, tak ada paksaan. Mana rezeki yang ada kita kongsilah sorang sikit. Sambil-sambil menghabiskan saki baki kerja yang ada bolehlah mengadap juadah yang ada. Tapi awas juadah yang ada ni hanya untuk bukan peserta kursus aje tau! (Kuang, kuang, kuang....... untuk yang mengerti sahaja).

Sedang menghidangkan juadah yang ada.

Pasta air tangan aku yang tak seberapa rasanye...

Acara kemuncak... Kek Secret Recipe!

Ooppsss..... yang ni bukan jamuan kami punya tau! Ini jamuan untuk peserta aje, ingat tu...!


Sibuk nak berposing.


Hai, penuh drama jejaka yang ala-ala nak potong kek carrot yang  dah nak abis tu.


Woit, takkan nak baham sorang!  Dasar perut stokin betul!

ERRKKK!... KENYANG SUDAH... ESOK ADA JAMUAN KAT REST HOUSE BENTONG PULAK. MAKAN LAGI....!

Tuesday, 15 November 2011

percaya anak lebih dari segalanya.... patut ker?

Assalamualaikum semua.....
Hari ni pagi-pagi dah ada benda hal yang merosakkan mood aku. Mana tidaknya?... Tetiba ada sorang parents Tingkatan 4 ni call tak puas hati kerana markah peperiksaan matematik anaknya tiada (sebab tidak hadir, jadi dalam result keluar TH lah...). Tapi dia tetap salahkan cikgu jugak sebab anaknya bagi alasan MC pada hari tu. Nak jugak anaknya ambik periksa. Hello... markah pun dah online! Nak je aku cakap nak ambik periksa boleh tapi tanda sendiri! Tak manislah pulak nak cakap cam tu... Aku pun cakap nak ambik periksa boleh, saya tanda tapi markah tu sebagai rujukan parents sahajalah....!


Sebenarnya ini hal kecik aje tapi sikap ibu bapa ni yang mengecewakan. Semenjak anaknya bersekolah di sini, anaknya memang banyak buat kes. Dari kes ponteng kelas, ditangkap tidak berpuasa hinggalah kes merokok... Tapi sedihnya bapanya tidak percaya, anaknya baik dan tak buat semua benda tu dengan alasan anaknya amat baik di rumah.  Budak ni perangai ala-ala pijak semut tak mati lah kat rumah kononnya, tapi kat luar mak bapaknya tak tahu dialah hero! Walhal bapaknya pun cikgu (cikgu sekolah rendah), cikgu disiplin lagi..!. Tapi gunakan status cikgunya tu untuk menyalahkan sekolah dengan bandingkan sekolahnya dengan sekolah tempat dia mengajar...! Hello.... lagi sekali cubalah jenguk-jenguk situasi dan senario sekolah rendah dengan sekolah menengah.... sama ker? Aku harap mak bapaknya sedar jugak nanti, cuba terima pandangan orang lain denga hati terbuka. Kita pun bukan nak menghukum anaknya tapi dengan harapan anaknya tu akan berubah menjadi lebih baik... Saya pun bukan berniat nak memburukkan anaknya tapi sekadar renungan bersama untuk dijadikan iktibar, sebab saya pun ada anak jugak. Esok lusa, kita pun tak tak tahu anak kita macam mana pula....

Monday, 14 November 2011

jom gi tuisyen...

 Salam semua! Hari Isnin dengan hari Rabu adalah hari tuisyen untuk anakku Adam dan Arif. Mula2 nak tuisyen dulu payah jugak nak mendesak anakku si Arif tu pegi tuisyen.Tiap kali tuisyen mesti nangis dulu.... Bila dah nampak kawan kat kelas tuisyen bertukar jadi happylah pulak... penuh drama betul! Balik dari tuisyen botol air mesti tukar suke sama suke dengan kawannya. Bila tanya Arif cakap biarlah... dia suka. Erm budak-budak...

Kalau dengan ayah dia memang takut nak membantah.

Aku antar tuisyen ni pun bukan ape cuma nak latih dia bergaul sedikit sebanyak sblm masuk sekolah tadika tahun depan. Bukannya nak eksyen ke ape. Sambil2 tu teacher dia ajar bahasa cina sikit2. Manalah tau kot-kot boleh bertutur bahasa tu sikit2...sbb memikirkan persaingan masa depan, kalau pandai bahasa ketiga selepas bahasa inggeris mungkin boleh jadi satu kelebihan kepada kita. Adam pulak tumpuan tentulah lebih kepada bahasa inggeris sbb bahasa inggeris dia lemah sikit, nak harapkan mak ayah dia yang ajar poning jugak... he,he...



okey... kami dah ready! mana kawan sebelah rumah ni?

Dah sampai rumah lau ser dengan kawan... happy tuisyen!

Sunday, 13 November 2011

musim orang kawin...

Cantik jugak pelamin warna pink biru nih...
Hujung2 tahun camni ramailah yang ambik peluang mengadakan kenduri-kendara sana sini. Tapi la ni majlis kawin dah makin senang, janji ada duit. Semalam aku baru aje bertandang ke majlis perkahwinan adik kawan aku. Nak buat kenduri zaman sekarang dah makin mudah. Buat kat dewan Majlis Daerah aje, makan order katering, baju dan pelamin pilih aje yang mana berkenan. Kalau ada budget lebih lantik aje perunding perkahwinan yang uruskan segalanya dari mula majlis sampailah selesai majlis.



Siap ada banda ala-ala kopratasa lagi!



Mula2 memanglah kena kuar duit sendiri, tapi amalan adat melayu kita dulu-dulu ada jugak baiknya... Adat tetamu memberi angpau kepada tuan rumah selepas selesai majlis memang sedikit sebanyak membantu. Masa nak balik tu, salam dengan tuan rumah sambil tu selitlah angpau dalam tangannya. Duit yang terkumpul tu boleh jugak buat tampung belanja yang telah dikeluarkan... Apa pun, kepada semua yang 'mendirikan masjid'  tu aku doakan semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat....


Tunggu anak-anak siap makan. Makanan pun sodap!

Friday, 11 November 2011

SPM datang lagi...

Assalamualaikum...
Pejam-celik, pejam-celik, dah nak SPM... 14 haribulan Isnin ni dah bermula perjuangan pelajar2 Tingkatan 5 dalam peperiksaan. Yang dah bersedia dan lengkap ilmu di dada takpe lah, tinggal  lagi bertawakal dan berdoa agar usaha mereka membuahkan kejayaan! Tak lupa juga cikgu2 yang banyak menabur ilmu kepada mereka selama ini... Bermulalah budaya pelajar mencari cikgu2 untuk meminta ampun dan maaf sambil meminta mendoakan kejayaan mereka. Golongan2 pelajar ni memang percaya akan berkat doa guru-guru adalah salah satu faktor mereka berjaya satu hari nanti. Insya Allah.... Bagi golongan pelajar yang masih belum sedar2 lagi, mereka akan sedar juga nanti tapi setelah diaorang berada di luar nanti! Bila semua dah bekerja, dah ada tanggungjawab sendiri, barulah duk terpikir sendiri mana salah dan silapnya. Hah, itu kalau yang baru sedar... kalau tak sedar juga atau buat2 tak sedar tak tahulah nak kata apa dah...! Buat pelajar2ku, semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Ini bukan doa aku sebagai seorang guru saja, bahkan ini doa dari aku yang bergelar ibu juga...

Tuesday, 8 November 2011

REAL STEEL TIME!

SAJE NAK CITE... 2 HARI LEPAS AKU GI TENGOK WAYANG KAT KLCC. SUAMI BELANJA SEBAB TEMAN DIA GI AMBIK BARANG KAT KL. MULANYA TAK TAHU NAK TENGOK CITE APE. SUAMI CADANGKAN TENGOK CITE REAL STEEL...(LAKONAN HUGH JACKMAN).  AKU MEMANG TAK BERMINAT SEBENARNYA TENGOK CERITA ALA-ALA TRANSFORMER NI, TAPI SBB ORANG DAH NAK BELANJA IKUT AJELAH.. TENGOK PUNYA TENGOK BEST JUGAK JALAN CERITANYA. BOLEHLAH.. DALAM AKSI-AKSI GANAS ADA JUGA DISELIT MESSAGE2 KASIH-SAYANG ANAK DENGAN BAPA... KENGKAWAN YANG SUKA TENGOK MOVIE, CUBALAH TENGOK CERITA NI... BEST JUGAK!
MAKAN TIME!