Assalamualaikum...
Pejam-celik, pejam-celik, dah nak SPM... 14 haribulan Isnin ni dah bermula perjuangan pelajar2 Tingkatan 5 dalam peperiksaan. Yang dah bersedia dan lengkap ilmu di dada takpe lah, tinggal lagi bertawakal dan berdoa agar usaha mereka membuahkan kejayaan! Tak lupa juga cikgu2 yang banyak menabur ilmu kepada mereka selama ini... Bermulalah budaya pelajar mencari cikgu2 untuk meminta ampun dan maaf sambil meminta mendoakan kejayaan mereka. Golongan2 pelajar ni memang percaya akan berkat doa guru-guru adalah salah satu faktor mereka berjaya satu hari nanti. Insya Allah.... Bagi golongan pelajar yang masih belum sedar2 lagi, mereka akan sedar juga nanti tapi setelah diaorang berada di luar nanti! Bila semua dah bekerja, dah ada tanggungjawab sendiri, barulah duk terpikir sendiri mana salah dan silapnya. Hah, itu kalau yang baru sedar... kalau tak sedar juga atau buat2 tak sedar tak tahulah nak kata apa dah...! Buat pelajar2ku, semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Ini bukan doa aku sebagai seorang guru saja, bahkan ini doa dari aku yang bergelar ibu juga...
No comments:
Post a Comment