Friday, 28 October 2011

sekali sekala memasak

Salam hujung minggu semua! Time cuti begini barulah free sikit nak buat aktiviti memasak segala bagai.. Kalau tak, memang hari2 biasa masak nasi, lauk aku tapau kedai aje. Tak pun masak simple2 aje... ikan goreng ker... telur dadar ker... sardin ker... Sampai suami pun duk perli kat rumah asyik makan sayur cili aje.. he,he..
Selalunya kalau cuti kat pasar ajelah beli bahan2 nak masak sambil boleh terus beli nasi lemak dan kuih utk sarapan pagi.

Kat sebelah market ni lah tempat selalu beli kueh.
Ari ni dalam kepala duk pikir nak masak ikan masam tempoyak. Ikan apa tak tau lagi. Kat pasar nanti nampak ikan ape nak beli baru beli.


Kat Pasar Bentong...Beli kat pasar ni murah sikit harganya.


Ah So Mendek ni sibuk tanya aku ni wartawan ke ape.. Siap suruh aku tangkap gambar dia sekali. Tangkap ajelah... Baru bawak kamera kecik... Kalau kamera besar tak taulah... Ha,ha.. 

Ikan, tempoyak dan ulam semua dah ada.. Sekarang, masa untuk masak!... Aku ni masak tak terror sangat, setakat masak untuk keluarga sendiri bolehlah..


Yah... Gulai asam tempoyak ikan talapia dah hampir masak..

Dah siap... Sekarang dah boleh makan....

Ok.. Set makan tengahari dah siap... Petai tu atuk jiran sebelah kasi, segar dari ladang  lagi.. Kelas gitu!

Thursday, 27 October 2011

pi penang

Baru sampai Tapah.. Jauh lagi ke?
Hari ni baru berpeluang nak taip entri ni. Bkn entri apa pun..  saja nak kongsi pengalaman makan hangin ke Penang beberapa hari yang lalu bersempena cuti umum perayaan Deepavali. Sebenarnya percutian ni tak dirancang. Plan awal sbnrnya nak ke Kuantan kerana ada sedikit urusan tp tak kesampaian... Jadi percutian pun beraloih alah ke utara. Suami tanya  nak ke mana. Aku x ada idea nk gi mana... yg terlintas di kepala KL ajelah.. Pompuan kan... mestilah nak ke tmpt shopping mopping... Suami kata balik2 KL, KL, KL... Last2 dia kata ikut aje mana dia nk bwk. Lama sungguh perjalanan tertanya-tanya jugak aku ke mana kitaorang ni?... Suami kata follow aje... Last2 aku nmpk jambatan Pulau Pinang. Oh.. rupa-rupanye ke Penang... Patutlah lama sgt prjalanan. Dahlah standby baju sepasang sorang aje...







Sampai juga anak2 ku ke Pulau Mutiara
Sampai sana dlm kul 7 mlm, suami terus mghala ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Kat sini ok jugaklah biliknya. Bilik famili punya rate RM250. Dapatlah diskaun utk kakitangan kerajaan, bayar RM180 aje. Biliknya boleh tahan... Sbb suami pernah menginap di sini masa dulu. Pas tu bermulalah episod ronda2, tmpt pertama dituju pastilah tempat yang boleh mengisi perut yg dah lama berkeroncong. Kamipun mknlah di kedai makan berhampiran Kompleks Bukit Jambul. Pas tu gi masuk MYDIN kat situ utk beli baju sehelai dua utk bekalan esok. Habis aje agenda di MYDIN terus balik. Mata dah ngantuk, terus tido... zzzzzzzz...


Hari tanpa plastik. Wow, MYDIN warna pink tu...!

Esoknnya, pagi breakfast dulu di cafe hotel. Ada kupon kan... apa lagi gunalah aje. Abis makan teruskan agenda berikutnya, nak pegi Bukit Bendera. Memusing jugaklah nak cari Bukit Bendera kat mana. Pening duk membaca papan tanda.


Parking kete kat Jalan Pokok Ceri, nak naik train Bukit Bendera.

Kat Bukit Bendera.

Lama jugak kat Bukit Bendera. Pas tu terus gi KOMTAR dan PERANGIN MALL. Apa lagi?.. Time makanlah pulak sambil cuci mata kat situ... Nak shopping sakan mana ada budget.. Kalau ada Borong Sakan bolehlah... He,he... Selesai saja makan dan jalan-jalan jap, terus gerak ke jeti, nak balik dah. Balik nak naik feri pulak.

Big Boss dah lapar! Minum dulu!



Nak balik dah.. Parking on the roof!


Pergi ikut jambatan, balik naik feri.

Macam terpaksa dan dipaksa jer


Guna teropong apa tuh angah?

Santapan atas feri. Lapar lagi...!


BYE, BYE PENANG... ADA MASA, ADA REZEKI, KAMI PASTI DATANG LAGI! BANYAK LAGI TEMPAT TAK SEMPAT PEGI...

gara-gara kad kredit

Pasal ape dgn kad kredit ek?.. sebenarnya aku baru mendapat khabar duka dr sedara terdekat aku. Aku pun tumpang simpati dengan kes yg menimpa dirinya. Semuanya gara-gara kad kredit yang telah disalahgunakan oleh penjenayah alaf baru zaman skrg... Baru-baru ini sedara aku ni telah menerima satu panggilan dari sebuah bank yang meminta dia mengesahkan satu tranksaksi yang bernilai RM10 ribu. Terkejut beruklah sedara aku ni.. manakan tidak?... Dia tiada apa2 akaun pun dgn bank tersebut, apatah lagi kad kredit! Rupa-rupanya ada manusia yg tidak bertanggungjawab telah memalsukan kad kredit dengan menggunakan identitinya. Bayangkanlah kalau satu transaksi dia boleh buat RM10 ribu, agak2 berapa credit limit kad tu agaknya kan?... Akibatnya sedara aku yang terpaksa bersusah-payah membuat report akibat kesalahan manusia durjana tuh! Dah lah tu, akaun banknya semua dibekukan untuk proses siasatan lanjut. Sampai bila aku pun tak tahu, mungkin sampai siasatan selesailah kut... Habis camna nak kuar duit?.. Duit gaji pun kena mintak bayar tunailah kut buat sementara waktu... Aku buka ape, aku duk pikir kalau dibuatnya sedara aku ni tak jawab telefon dari bank tadi tu... gamaknya tak pasal2 lah nama dia blacklist, nak buat apa2 urusan dgn bank nanti pun susah! Alahai kad kredit....! Selain menambahkan hutang, engko pun mentroublekan org jugak yo....

Sunday, 23 October 2011

takkan HKL lagi????

Cuti dah nak masuk 3 hari tp aku masih di sini. Almaklumlah rumah mak ayah tak jauh pun... lebih kurang setengah jam memandu sampailah. Rumah mentua pulak kat KL aje, lebih kurang sejam memandu. Dalam keseronokan berkumpul di rumah mak barulah terperasan mata anak aku Arif mengalir air mata lagi.... Takkan  nak gi HKL lagi.... Aku bukan ape, kesiankan Arif kalau kena masuk operation room lagi!

Sebenarnya mata Arif bermasalah sejak lahir lagi. Itupun masa umurnya dah masuk 5 bulan baru dapat tahu. Air mata Arif sentiasa mengalir walau pun tidak menangis. Semua klinik yang aku pernah pergi semuanya mengatakan Arif sakit mata dan kasi ubat mata. Mujurlah tergerak nak prgi check up di Klinik SK Ng di Bentong ni... Lepas aje aku cerita perihal Arif ni terus dia tutup suis lampu dalam biliknya dan menyuluh ke dalam anak mata Arif. Barulah dia bagitau yang Arif bukan sakit mata tapi mengalami masalah mata. Dia sediakan surat rujukan untuk jumpa pakar. Dari situ, bermulalah epsisod aku dan suami berulang-alik membuat pemeriksaan di Hospital Temerloh hinggalah ke HKL sampailah sekarang Arif dah berusia 4 tahun.

Rupa-rupanya Arif mengalami tekanan mata tinggi, juga rabun silau dan rabun jauh. Aku ingat selama ini darah aje ada tekanan tinggi rendah.... Arif pakai cermin mata ketika umurnya setahun 5 bulan selepas pembedahan pertama. Mujurlah dengan umur sekecil itu apabila dipakaikan cermin mata dia langsung tidak mengusiknya. Mungkin dia merasa selesa apabila memakai cermin mata...

Selepas operate kali pertama. Bear busuk mesti ada...
Seingat aku, Arif dah masuk bilik operate HKL tu dah empat kali sejak dari umurnya setahun sampailah sekarang umurnya 4 tahun. Aku bukan apa, tak tahan tengok dia kena puasa. Last minum susu atau air masak pukul 6 pagi, pas tu tak boleh makan minum sehinggalah operate. Lepas operate kena tunggu sejam dulu baru boleh makan...
Selepas operate kali ke-2...
First time operate, aku yg masuk bilik bedah tu. suami tunggu di luar. Aku masuk bilik bedah tu pun utk pegang Arif hingga dia selesai dipengsankan, pas tu aku tak boleh tengok. Aku sorang duk dalam bilik bedah tu punyalah dag dig dug jantung aku memikirkan apalah yang doktor2 tu tgh buat dgn mata anak aku. Selesai saja operate baru aku dipanggil utk memangku anak aku sampai dia sedar. Dah sedar tu pulak puaslah jugak aku memegang dia dari meronta-ronta...

Dalam setahun lepas tu kena buat pembedahan kali ke-2 utk buat parit sbb tekanan mata masih tinggi dan utk elak air mata terus mengalir ke luar. Parit tu adalah supaya air mata tak mengalir ke luar, supaya air mata masuk ke dalam. Rupa-rupanya sampai parit pun boleh buat dalam mata ya?.. Ikut ajelah, doktor lebih arif...Kali ni aku tak sanggup dah masuk, suami aku pulak yg masuk...

Pembedahan kali ke-3 pulak utk pastikan parit dia tak tersumbat... betul2 macam paritlah pulak! Kali ni pun suami aku yang masuk.... Yang kali ke-4 aku tak ingat utk apa tapi aku tetap tunggu di luar, sbb aku tak sanggup dah...

Kali ke-3, keluar gelembung air atas mata.
 Kena tahan utk masuk bilik operate lg sekali utk cucuk keluarkan air tu.

Sebenarnya doktor suruh datang seminggu sebelum raya puasa lepas sbb dai check katanya parit yang diaorang buat dulu dah nak 'flat'/rata semula... Alamak... kali ni suami aku pulak yg dah tak sanggup tengok Arif kena masuk bilik operation lagi. Jadi kami ambik keputusan tak pergi, nak cuba kaedah alternatif.... tapi sekarang macam mana ya?.... Nampak gayanya kena pegi HKL lagi ni.... Harap2 semua okey nanti...
Sekadar berkongsi pengalaman, bukan meraih simpati.
Terkini... Harap2 tak masuk bilik bedah lagi.

Thursday, 20 October 2011

berita sedih...

Hari ini bermula dengan 2 berita sedih bagi aku dan warga kerja di sini. Selesai saja bacaan doa awal pagi kami di khabarkan dengan berita kematian salah ibu salah seorang dari guru di sini. Al-Fatihah disedekahkan kepada arwah.. Tidak sampai sejam selepas itu kami dikejutkan pula dengan berita kematian salah seorang pakcik tukang kebun di sini... Terus meninggal setelah tiba-tiba rebah ketika sedang merumput di tepi padang.... Al-Fatihah untuk arwah pakcik.. Semoga rohnya tenang di sana. Amin... Semua ini adalah satu peringatan agar kita sentiasa bermuhasabah terhadap diri sendiri. Cukupkah amalan kita di dunia ini? Bila tiba saat dan waktunya, tak kira di mana... ia tetap akan berlaku jua...

Hari ini juga aku terbaca satu tulisan dari seorang sahaba t blogger yang menulis tentang kawannya bernama NORMA beserta dengan gambarnya sekali yang sedang bertarung dengan penyakit barah otak tahap 4. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepadanya untuk mengharungi dugaan ini. NORMA yang dulunya sihat kini terlantar hanya memandang sayu anak sulungnya RAFIQ yang baru berumur beberapa bulan itu, yang sepatutnya ditimang dan dimanja olehnya yang baru bergelar ibu. Suaminya juga amat tabah menjaga isteri kesayangannya itu. Semoga dia terus tabah...


Kita yang sihat ini bersyukurlah dengan anugerah kekuatan dan kesihatan yang dikurniakan. Hargailah kesiahatan kita dengan sentiasa bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Esok lusa kita tidak tahu lagi kesudahannya... Allah saja Maha Mengetahui setiap kejadian...

Tuesday, 18 October 2011

akhir tahun?.....EXAM!!!

AKU PENGUTIP TIN - PART 1




Bebaru ni aku balik rumah mak aku yang tak jauh mana pun dari rumah aku. Aku ternampak dua bakul besar berisi tin terpakai yang dikumpul mak. Satu bakul penuh dengan segala macam tin terutamanya tin minuman dan tin susu. Satu lagi penuh dengan tin penymembur nyamuk RIDSECT, almaklumlah kalau duduk di kampung banyaklah berperang dengan nyamuklah... seranggalah... dan mcm2 lagi. Tp mak aku ni byk guna RIDSECT utk sembur semut yang kalau tumpah air masak sekali pun semut ni masih nak menghurung! Agaknya semut2 tu dahaga sgt sampai air tawar pun jadik... Tp aku tertanya-tanya jugak kalu tin RIDSECT tu boleh jual ker? Apa2 ajelah... tp yg sebenarnya bukan itu point aku. Sebabnya bila tengok tin2 tu aku teringat satu cerita lebih kurang KISAH BENAR jugaklah... Cerita ni dikarang dalam satu blog milik seseorang, dan aku dah pun mintak kebenarannya utk berkongsi cerita ini dgn anda semua. Baca baik2 ya....


Tetiba aku teringat kisah aku zaman remaja dan kanak2.. waktu cuti sekolah ni aku biasanya tak duduk rumah macam budak sekarang ni... kebiasaannya aku cari pendapatan sampingan, pergi kepasar cari kerja tolong2 kupas kulit bawang ke... hantar barang ke... sapu sampah ke... basuh pinggan di kedai makan ke... dan macam2 lagi lah. Tapi seronok sangat waktu tu, niat hati nak bantu mak carai duit sampingan..pukul 7pg sampai 7malam.. dah macam orang besor pergi keje. Sungguh terharu juga bila aku terima upah seharian RM7.00 dan aku kumpul selama cuti sekolah tu.. dan aku beri pada mak.. teringat kembali bila balik kerja tuuu letih.. sesangat! Maklumlah dah sehari suntuk buat kerja yang tak menentu, sehinggakan ada orang yang menegur aku ketika khusuk bekerja.." Isk2 keciknya budak ni.. kesiannya..." aku peduli apa orang nak kata, apa kukesah... niat aku cuma nak cari duit bagi menampung belanja sekolah. Waktu tu sebenarnya usia aku dalam lingkungan 12 tahun..

Bila usia ku meningkat ke tingkatan satu, aku masih berusaha mencari kerja2 yang sedemikian di pasar2 dan di kedai makan untuk membayar belanja sekolah aku...teringat lagi masih aku dalam tingkatan 3 kot masa tu cuti sekolah dan menunggu keputusan LCE (SRP) masa tu... malam kemerdekaan di dataran merdeka, aku pergi kesana untuk tengok bunga api dan konsert. Fuh! ramai manusia waktu tu... sehinggakan tamat pertunjukkan bunga api aku masih tak balik lagi dalam pukul 3 pagi, aku cari plastik sampah dan kutip tin minuman kosong untuk dijual, banyak lah juga tin minuman yang aku kutip sama paras ketinggian nya dengan aku kalau nak diikutkan...
Dari dataran merdeka aku pikul tin tu... sampai ker Chow Kit dimana waktu tu kalau naik bas mini tambang dia cuma 50sen jer... Tapi aku tengok bas mini penuh dan padat.. tak jadi aku naik. Aku naik bas Sri Jaya jer yang bernombor 255 tak silap aku. Ramai juga orang dalam bas tu yang memerhatikan aku dengan mengendong dua plastik sampah yang dipenuhi oleh tin aluminium kosong, dengan bunyi tin lagi... yang terlanggar orang dalam bas tu lagi.. Iskkkkk  kalau nak di fikirkan balik memang maluuuu, tapi waktu tu aku tak da persaan tu! Sehinggakan aku kena marah oleh konduktor bas tu, " Wei dik ko angkut apa ni? sesak ni?" , aku buat senyum jer la.. rasanya sepanjang malam dan siang tu aku teguk air kotak jer kot. Tak makan menda lain hanya beli karipap dan kuih dari perniaga malam di dataran merdeka.  Setiap kali bas berhenti untuk mengambil dan menurun kan penumpang pasti mereka akan menoleh kepada aku, mungkin hati kecil mereka berkata-kata sesuatu.. "Ahh biarkan la mereka tu hak diorang nak kata apa" . Bila tiba jer di perhentian bengkel MARA berhampiran tempat tinggal aku, aku turun la dengan menarik kendong tin tadi dan ramai la juga yang marah sebab mungkin kena badan mereka, maklum la sampah yang aku pungut tu kan? Aku ni buat tak tahu jer lah.. yang penting aku tiba dengan selamat. Mak aku paham akan perangai aku... yang penting tak susahkan orang lain cukup lah..

Perkara ni bukan berhenti disini sahaja, tapi setiap kali ada pertandingan Larian ke.. marathon ke... Jogathon ke...  yang mana dianjurkan oleh syarikat akhbar ke... pasti aku masuk.. sebab dapat baju.. Yang bestnya pukul 4 pagi aku dah gerak ke dataran merdeka.. di mana tempat permulaan larian yang biasanya berakhir di Padang Merbok Kuala Lumpur.. Biasanya lepas larian akan ada banyak tin minuman kosong yang orang akan buang, aku lah yang menghargai tin tersebut untuk mengutip dan dijadikan pendapatan sampingan... ketika tu aku masih teringat minuman tin kegemaran aku salah satunya iala Produk Sudi (Arwah Sudirman punya jenama) kalau masih ada yang ingat lah..


Sampai buka sekolah untuk ambik keputusan SRP pun aku masih bekerja di kedai makan di pasar keramat... masa tu, fuh ramai orang sebab cerita yang best di kedai makan ni ialah, diorang suka tonton wrestling (gusti) zaman Hulk Hogan,ultimate warrior dan sebagainya.. tu yang buat penuh kedai kopi dan kedai makan  tu..

Akhirnya bila result keluar dapatlah lulus.... dapatlah basikal racing yg aku idamkan hadiah dari bapak aku. Sebenarnya bukan ape... aku cuma takut kena tido kat kandang kambing jiran sebelah rumah kalu tak lulus. Fuh... Lega... Selamat....

Monday, 17 October 2011

bekalan ke sekolah

PETAI YANG DAH DIKOPEK

MASUK SAJA DALAM NASI GORENG!

SIAP SUDAH BEKALAN!
Pagi-pagi lg aku dah bangun. Teringat petai dua ikat yang aku beli 2 hari lepas. Emmm. nak buat ape ye?... nasi semalam byk lagi, baik buat nasi goreng petai... resepi terbaru chef IJA. Tetiba si ayah pun bangun, sambil membebel petai, petai, petai...! Sebab si ayah tak berapa gemarkan petai, anak-anak okey aje... kalau tak masak sekarang nanti membazirlah pulak. Tak pelah nasi goreng petai utk anak dan ibu, sandwich tuna pulak untuk ayah. Okey tak? kira okeylah tu kan....? 

mengFRANCISCOkan tekak...

Adam punye aiskrim tetap wajib!

mulakan dengan menu yang sihat....

hah!.. ni menu yg menggemukkan plak!

sampai bersila si Arif makan.

sedapnya pizza ni... makan bahagian kerak dulu tu...

Adam ajak kongsi, takut tak abis.

ni yg paling sedap! tp aku dah berpantang makan daging. hu!hu!..

dah tinggal separuh!

Adam dah ngantuk ke tutup gigi yg dah lompong? he,he..

sodap... tp byk lg ni.... perut dah rasa full rasenye. ada space lagi x nk  sumbat?
Hujung minggu tetiba adik ipar datang melawat dari KL. Nak balik dah lewat, bas pun dah tak de. Esok keje plak... suami aku nak tolong antar. Aku pun suke jugak sbb dpt jln2 merehatkan minda jap, al kononnya.... Sampai KL dlm pukul 9 perut pun dah bernyanyi-nyanyi, nampak pulak SAN FRANCISCO PIZZA suami aku pun mencadangkan kitaorang mkn kat situ. Aku apa lagi... kecil tapak tangan mulut aku ngangakan! Boleh tahan jugaklah rasanye...

Sunday, 16 October 2011

donut oh donut!

dunkin donut
big apple
j.co

Sekarang ni kat rumah aku tengah gila makan donut sejak merasa makan BIG APPLE DONUT. kengkawan aku pun ramai yang cakap BIG APPLE sedap kalau nak diandingkan dengan DUNKIN DONUT! Donutnya lembut dan topping yang mudah cair bila dikeluarkan dari peti sejuk. Tengah dok sembang2... suami aku ckp J.CO DONUT lagi sedap! Aik?... ada lagi ke donut lebih sedap? Ermm... Kena cuba nih... Memang pecinta makanan betul!

OLE-OLE FROM TURKI

ori from turki

kopi dan dodol turki

yang merah ni buat dari cili tapi manis!...

kopi
...
kotak dodol tuki... 
Tq untuk ole-ole dari turki... erm sodap jugak! Ala-ala dodol letak kacang dan badam.. kelas gitu! Dapat jugak merasa walau tak ada rezeki lagi nak melancong. Ini adik ipar aku yang kasi tanda ingatan dari Turki. Aku? tak tau lah bila dapat melancong...

Thursday, 13 October 2011

WAJAH SALING TAK TUMPAH!

      

My First Hero ADAM


My second Hero ARIF


My Rookie Hero AMRI

Tetiba terasa nak melihat kembali wajah2 anak2ku masa kecik dulu. Patutlah kawan aku cakap anak-anak aku ni muka sama saje, sepesyen aje...  takpelah yang pasti hidup aku memang dikelilingi oleh hero2 belaka! Doaku semoga mereka semua menjadi anak yang soleh!