Friday 28 October 2011

sekali sekala memasak

Salam hujung minggu semua! Time cuti begini barulah free sikit nak buat aktiviti memasak segala bagai.. Kalau tak, memang hari2 biasa masak nasi, lauk aku tapau kedai aje. Tak pun masak simple2 aje... ikan goreng ker... telur dadar ker... sardin ker... Sampai suami pun duk perli kat rumah asyik makan sayur cili aje.. he,he..
Selalunya kalau cuti kat pasar ajelah beli bahan2 nak masak sambil boleh terus beli nasi lemak dan kuih utk sarapan pagi.

Kat sebelah market ni lah tempat selalu beli kueh.
Ari ni dalam kepala duk pikir nak masak ikan masam tempoyak. Ikan apa tak tau lagi. Kat pasar nanti nampak ikan ape nak beli baru beli.


Kat Pasar Bentong...Beli kat pasar ni murah sikit harganya.


Ah So Mendek ni sibuk tanya aku ni wartawan ke ape.. Siap suruh aku tangkap gambar dia sekali. Tangkap ajelah... Baru bawak kamera kecik... Kalau kamera besar tak taulah... Ha,ha.. 

Ikan, tempoyak dan ulam semua dah ada.. Sekarang, masa untuk masak!... Aku ni masak tak terror sangat, setakat masak untuk keluarga sendiri bolehlah..


Yah... Gulai asam tempoyak ikan talapia dah hampir masak..

Dah siap... Sekarang dah boleh makan....

Ok.. Set makan tengahari dah siap... Petai tu atuk jiran sebelah kasi, segar dari ladang  lagi.. Kelas gitu!

2 comments:

  1. cantek pulak gambo kat pasar....w/pun indah khabar dari rupa.....

    ReplyDelete
  2. sejak duduk hostel,iqa rajin masak.jimat gamaknya.
    tp bila blk,mak xbg masak,xsedap kot.sobs.haha

    ReplyDelete