|
Teringat sukan zaman sekolah dulu2... Acara yang aku tak
miss, tentunya acara merentas desa. Sebabnya dah wajib.
Acara lain tak layak....kuang,kuang,kuang... |
Assalamualaikum.... bermulanya pagi ni penuh dengan agenda. Melangkah kaki ke sekolah aje dah banyak aturcara yang menunggu, walaupun aku ni cikgu
ala-ala suam-suam kuku aje.
Time perhimpunan tadi Encik Ahad, Encik Osman dengan Encik Mat Leh dah senyum kembang tak kempis-kempis sebab ambik hadiah selaku johan Pertandingan Petanque Peringkat Daerah. Mana taknya,pas ni kalau menang lagi boleh gi peringkat zon, pas tu peringkat negeri... kalau menang lagi? Zoom....diaorang boleh terbang gi Vietnam. Bukannya ape.. tumpang seronok untuk kengkawan.
Ada pulak pengumuman dari Tuan Haji tentang temasya sukan sekolah Sabtu ni. Hadiah lumayan menanti kepada rumah sukan terbaik. Hadiah satu ribu
hengget menanti kepada sang juara..! Apa lagi, lepas sorang, sorang... cikgu yang buat pengumuman perjumpaan rumah sukan bagi merebut RM1,000. Jadi meriahlah pulak, masing-masing dah buat
ala-ala gatal tangan nak dapat duitlah konon. Takpelah yang penting kita merasa kemeriahannya. Petang ni ada sukantara bagi rumah biru dengan rumah merah. Yang penting kelas malam minggu ni dibatalkan. Cikgu pulak yang kuat bersorak, kelas gitu..!
Bercakap bab duit ni pulak, ramai lah sahabat yang dah kering. Temanya poket dah kosong! Termasuklah penulis blog nih hah... (akulah tu!).Almaklumlah, akhir bulan... gi lah mana-mana
shopping complex, sunyi aje. He, he,.. Ermm... Lambatnya ari khamis (ari gaji)! Hu,hu... Tadi dah kena bayar duit baju sukan pulak. Bertambah ringanlah
handbag i... Bebudak pulak suruh aje pakai baju uniform biru, sebab rumah biru.
Save budget... Kami-kami ni beri jolokan ketua rumah biru Ustad Lotfi ni
Ustad Budget (Sory ustad, gurau aje).. Bukan ape pun saja je, ustad ni bukannya ape, cuma kesiankan bebudak ni keluar banyak duit pulak nanti.